Tuesday 29 January 2013

Charity Right NOT Charity Tight


By: AuniAzrawati





Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t kepada semua y membaca..diharapkan semoga karya ini dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah. (maaf kalau bahasa nya bercampur aduk. Huhuhu)

Bengkel : Charity right NOT charity tight by Mufti Omar Sheriff

Ehem,, ehem,,, sekali dengar tajuk dia pun,, kita dapat tahu tentang ap y nak diceritakan …kan?? Jadi, di sini saya hanya ingin menceritakan semula ap y disampaikan oleh mufti ini. (^_^)

Sebagai hint awal, bengkel ini memfokuskan betapa pentingnya kita perlu menghulurkan sedekah only for the sake of Allah SWT. Yer! Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kerana Allah. Dan mufti ini juga menerangkan bahawa dengan bersedekah kita akan dapat ‘ purify or wealth , remove our sins and become a mean of investment for our hereafter’. SubhanaAllah.

For your information, by doing charity can increase our wealth and it’s so true. People always think by doing any charity to the public, we‘ll be poor day by day and its totally wrong!!.This concept should be erased in our mind. Let me clear this statement. Allah has revealed His word in chapter 2 verse 245 which is “ Who is it that will offer of Allah a goodly gift, so He will multiply it to manifold, and Allah straitens and amplifies, and you shall be returned to Him” meh saya translate dalam bahasa yang lebih mudah difahami dimana, kalau kita buat banyak kebajikan, Allah akan gandakan harta kita berlipat kali ganda … woooooo… tengok tuuu.. Nampak tak janji Allah SWT ?? Tanya diri sendiri, nak x kita buat charity pas ni?? Allah dah ckp bahawa Dia akan tambah lagi harta kita jd makin makin makin banyak… SubhanaAllah.. semuanya kembali kepadaNya dan rahmatNya jua lah.

We have to be cleared, that we do charity for the sake of Allah and it could be on jihad way and also we can establish the deen of Allah SWT. For example, we construct a mosque. Maybe it sounds too big but then somehow we heard that there are persons that can give a lot amount of money to be spent on His path. SubhanaAllah… Plus don’t forget, by doing charity we are actually giving loan to our Creator… and can you imagine how happy Allah will be??!!

2 important things that we have to know is first, Allah will count our little little single act that we do, and second , the return that Allah give will be in multiple., waaaaa,,, tgk tu,, kita memberi sedikit mana pun,, sekecil mana pun Allah kiraaaaa,, dan Allah akan balas lg banyakkkkkk dan bergandaaaaa dari tuuu,,, in Surah at-taghabun verse 16 & 17 ..Allah has stated “please Allah as much as possible due to charity as it good for you.. and who is ready to give is been considered as a good person”… in surah al –Fatih .. Allah had told us a successful bussiness is when we spend on His path besides we read quran and establish our prayer.

Lastly, I want to emphasize that we have to spend a lot on His path In order to get rid in trials and obstacles. * I mean really a lot *(^_^).. By protecting us from any problems, charity will work as an important rule. Because there is a hadith saying that,, by doing good will protect us from evil. Mufti tu juga ada ckp, “sometimes big problem which is really really big might come, but then it can also stop just because all the good deed that we do.” Subhanallah.

InsyaAllah ini lah sahaja coretan y dpt diringkaskan, Semoga semua dapat manfaat daripadanya .Maaf di atas segala kekhilafan. Sekian.. (^_^)


picture by: http://destinationjannah.tumblr.com/post/25169084569/an-act-of-charity-is-like-perfume-it-benefits


Monday 21 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul: Sejarah & Hukum


By: Akh Azam Husni



     Ahli sejarah dan para ulama mengatakan bahawa orang yang pertama mengadakan sambutan ini adalah Raja MuzaffrAd-Din Abu Sai'd Kaukabri(wafat 620H), seorang raja sunni di Irbil, Iraq di zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi 1

     Al-hafiz Ibnu Kathir juga menyebut di dalam 'Al-Bidayah wa An-Nihayah' ketika menceritakan tentang kisah Raja Muzaffhar:

"Dan adalah beliau mengadakan sambutan Maulid Nabi SAW pada bulan Rabi'ul Awwal dan menyambutnya dengan sambutan besar-besaran, dan beliau juga seorang yang pemurah, berani, pembinasa(musuh), pahlawan, bijak, berilmu dan adil, moga Allah merahmatinya dan memuliakan tempatnya. Dan telah menulis Al-Hafiz Syaikh Abul Khattab Ibnu Dihyah satu jilid dalam Maulid Nabi SAW berjudul "At-Tanwir Fi Maulid Al-Basyir An-Nazir" , maka beliau menghadiahkan Ibnu Dihyah atas karyanya itu dengan seribu dinar"2

     Pujian Imam Ibnu Kathir kepada Raja tersebut jelas menunjukkan satu persetujuan dan pengiktirafan kebolehan majlis sambutan maulid yang diadakan raja tersebut. Jika beliau mengatakan maulid itu haram, maka pastilah Ibnu Kathir mencela dan mengkritik perbuatan raja tersebut.

     Menurut Imam Al-Suyuthi pula, Raja Muzaffhar tercatat sebagai raja pertama yang memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW ini dengan perayaan yang meriah luar biasa. Tidak kurang dari 300 000 dinar beliau keluarkan dengan ikhlas untuk bersedekah pada hari peringatan maulid ini.3

     Walaupun sambutan maulid telah diamalkan sebelumnya oleh Syiah Fatimiyyun ketika mereka memerintah Mesir dari 362 h hingga 567 h, namun ianya tidak dikira sebagai sambutan maulid yang rasmi dan yang sebenarnya, kerana mereka tidak menyambutnya secara rasmi sepertimana kita menyambutnya dan kerana mereka lebih mementingkan sambutan dan perayaan Syiah.

     Menurut ahli sejarah pula, adalah satu kesilapan jika mengaitkan Syiah Fatimiyyun dengan sambutan maulid Nabi SAW kerana sebenarnya golongan Syiah hanya menyambutnya dengan mengagihkan manisan dan sedeqah sahaja. Sebaliknya Raja Muzaffhar menganjurkannya secara rasmi yang dihadhiri para ulama dan fuqaha dengan perayaan dan majlis ilmu dan zikir besar-besaran. Justeru, perlu untuk kita bezakan antara Maulid Syiah dengan Maulid Sunni yang diamalkan kita.

     Ya, maulid Syiah jauh bezanya dengan maulid Sunni. Mereka buat cara lain, dan kita buat cara lain. Kita bukan tiru mereka. Jika amalan ini salah, maka mengapa para ulama seperti Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Dan Imam As-Suyuti, Imam As-Sakhawi dan lain-lain membolehkan sambutan tersebut? Mengapa ingin menolak pandangan ulama muktabar tentang wujudnya Bid'ah Hasanah?

     Bagaimanapun, telah tertulis juga dalam sejarah bahawa sambutan Raja Muzaffhar pada kurun keenam ini telah didahului seorang ulama dan ahlullah bernama Umar Al-Malla'(w 570H) di zaman Sultan Nuruddin Mahmud Zinki pada kurun kelima.

     Guru Imam Nawawi, Al-Allamah Syihabuddin Abu Syamah Al-Maqdisi (w 665 H) menyebut dalam kitab sejarahnya:

"Syaikh Umar Al-Malla' seorang yang 'alim yang hebat pelbagai bidang(wafat 570H)...dan adalah para ulama dan fuqaha dan para raja serta pemimpin menziarahinya di zawiyahnya dan bertabarruk dengan semangatnya dan mengharapkan dengan berkatnya.. dan pada setiap tahun,beliau ada ajakan(beliau mengajak dan menjemput) pada hari-hari maulid untuk menyambut Maulid nabi SAW yang dihadhiri pemimpin negeri dan ahli syair dan mengalunkan nasyid pujian kepada Nabi SAW di dalam sambutan tersebut.."5

Wallahu ta'ala a'la wa a'lam..


1: Rujuk Wafayatul A'yan karya Ibnu Khalkan jilid 3 m/s 524 terbitan Darul Kutub Ilmiyah.
2: Rujuk Bidayah Wa An-Nihayah 13/136: Maktabah Syamilah
3: Rujuk Husnul Maqsid Fi Amalil Maulid lissuyuti
4: Rujuk kitab Al-Hayah Al-Ijtima'iyah Fi 'Asr Al-Fatimi karya pakar sejarah Dr. Abdul Mun'im Sultan dan       
Tarikh Al-Ihtifal karya Muhammad Khalid Thabit
5: Ar-Roudhotain Fi Akhbar Ad-Daulatain' jilid 1 m/s 189

pic by: http://meali-adk.deviantart.com/art/Muhammad-Peace-Be-upon-Him-116207023

Wednesday 16 January 2013

Dunia Hari Ini

by: Archer


Aku melihat dunia hari ini
orang-orang islam ibarat digenggam
belenggu orang-orang kafir
akhirat mereka luput
dunia pun tercicir
budaya jahil tidak diambil peduli
melampau-lampau dalam hiburan
khayalan keterlaluan
luas… luas membanjir
teruk… tak tertaksir orang-orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Banghdad, Andalus
hilang… hilang ditelan zaman
kita lupa semua jawaban persoalan kehidupan
yang mahir dihafal
mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?
setengah-setengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan
bila tamat, diulang…dan diulang…ulang kembali
itulah sejarah
kalau begitu, takkanlah mustahil
untuk giliran Islam pula yang mendatang
tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang
hidup semula, kembali segar bugar terbentang, didunia yang luas
~Syed Naquib Al-Attas~