Sunday 10 March 2013

Berkat

Oleh: Archer

Berkat.

Bila disebut berkat, kita biasa kaitkan dengan rezeki. Ya makanan! Bukankah itu yang kita minta dalam doa sebelum kita makan. Tapi sebenarnya berkat ni luas. Luas sangat. Umur yang berkat, hubungan yang berkat, kesihatan yang berkat, kejayaan yang berkat dan banyak lagi la.

Berkat bukan terletak pada banyak atau sedikitnya. Tapi berkat ialah, apabila ia sedikit, ia mencukupi dan bila banyak boleh dibelanjakan pada jalan yg baik dan betul. Umur juga begitu. Tak semestinya panjang, tapi mampu untuk dimanfaatkan pada jalan yg baik-baik. Imam Nawawi, Khalifah Umar Abdul Aziz, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Mereka tidak hidup lama. Ada antaranya wafat sekitar umur 40-an. Tapi jasa mereka? Subhanallah! Sampai ke hari ini bukan? Buku-buku tulisan mereka, peribadi-peribadi mereka, fikrah mereka. Hidup hingga ke abad ini. Itulah berkat pada umur.

Kejayaan juga perlu ada keberkatan. Ramai mahasiswa yang berjaya dalam bidang akademik, tapi tanpa keberkatan. Kejayaan itu tidak dapat digunakan untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Kejayaan itu buat mereka jauh dengan Tuhan. Contohnya Qarun. Dia berjaya bukan? Hartanya banyak. Sangat banyak.Tapi sayang, hartanya 'menarik' dia jauh dari Tuhan. Dia berjaya dalam mengumpul hartanya, tp dia gagal dalam hidupnya.

Pelajaran, kekayaan, kawan-kawan. Semua tu penting dalam hidup. Tapi, itu bukan tujuan hidup. Itu hanya keperluan hidup. Keperluan hidup perlu digunakan untuk mencapai tujuan hidup. Jangan keliru antara keperluan dan tujuan ^__^. Harta bukan tujuan, tp keperluan hidup, sama macam pelajaran, rupa dan segala yg kita ada.

Jadi, macam mana nk dapat berkat?

Mudah! Rapat dengan Pemberi umur, rezeki, ilmu, harta dan segala-galanya. Barulah dia memberi dengan keberkatan-Nya. Jika tidak, Dia akan menyekat segalanya. Atau Dia memberi, tp dengan kebencian, tanpa keberkatan. Banyak, tp menyempitkan. Tinggi, tp menhinakan. Lumayan, tp melepaskan.

Jom, bersama ana mencapai berkat! ^__^

Gambar: Azwan Rasidan
Rujukan: Nota Hati Seorang Lelaki, Ustaz Pahrol Muhd Juoi


Tuesday 5 March 2013

Mengejar Tenang

Oleh : Archer

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”
 (QS ar-Ra’du:28).

Baru-baru ni ada seorang sahabat bertanya, kenapa bila dia sedih atau ada masalah, mengingati ALLAH kadang tidak menenangkanya. Tapi, sebaliknya apabila dia luahkan pada kawan-kawan, dia rasa lega. Mengapa?
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram
Sungguh. Benar. Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan tenteram. Malah seolah-olah diberi tenaga baru untuk bangun kembali. Maka ana ingin menjawab soalan sahabat sebentar tadi dengan sebuah lagi soalan. Bagaimana anda mengingati ALLAH?

Mengingati ALLAH, bukan sekadar mengakui kewujudan-Nya. Percaya pada Wujud-Nya. Tapi jg mengingati posisi kita padanya. Hakikat kelemahan kita. Tanya diri anda, apa yg anda ada sekarang, anda kecapi, dari mana anda dapat? Dari siapa? Dari usaha anda? Tidak! tapi dari rahmatnya. Dengan rahmatnya kita bernafas, dengan rahmatnya kita melangkah, dengan rahmatnya kita berfikir. Semua! Semua dengan rahmat dan cintaNya.

Kenapa ana cakap macam tu. Setelah bertahun-tahun kita hidup. Banyak sangat kita ingkar pada Dia., tapi adakah Dia menarik nikmatnya dari kita? Kita dapat apa yg kita nak sangat. Result yg baik, keluarga yg baik, kawan-kawan yg baik dan kita masih mintak macam-macam lagi dari Dia. Kita masih tak berpuas hati dengan apa yg diberi. Yang paling penting, walau banyak mana dosa kita, Dia tak pernah berhenti untuk memberi jalan pada kita untuk keluar dari Jahiliyah. Cuma kita yang memilih untuk berpaling dari-Nya.

Sahabat, jika saat kita ingkar pada-Nya, Dia masih beri yg baik-baik buat kita, maka adakah anda fikir saat kita sujud mengingatinya Dia akan lakukan sebaliknya? Sama sekali tidak! Dia pasti beri lebih baik. Jauh lebih baik. Mengingati-Nya dengan 'jujur' pada-Nya. Kita tidak mungkin boleh jujur pada siapa-siapa lebih dari kita boleh jujur pada-Nya. Di depan manusia, kita punya ego. Kita pertahankan ego kita. Walaupun kita salah. Kita tetap akan pertahankannya. Tapi didepan ALLAH, anda tidak perlu pertahankan apa-apa. Anda tidak ada apa-apa untuk dipertahankan. Ego anda? Bukankah itu juga milik-Nya?

Mengingati ALLAH juga bermaksud mengingati mengapa sebenarnya kita diuji?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Jadi kenapa anda diuji? Sayyid Qutb menafsirkan berdasarkan ayat diatas yang sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan. Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Ujian juga untuk membersihkan hati. Umpama memasukkan emas dalam api untuk memisahkan logam-logam murah lain yg melekat padanya.

"Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga dia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya." (Hadith riwayat Bukhari)

Maka disitu, insyaALLAH, anda akan bertemu ketenangan. ^__^  Dan, percayalah pada ana, saat anda bertemunya, biar apa pun gadaiannya, anda pasti tidak mahu kehilangannya. Pasti! Ana tak nafikan, sahabat sekeliling kita juga membantu kita saat-saat sukar kita. Bukankah sahabat itu juga rahmat dari Nya? ^__^ Tidak ada masalah anda mahu berkongsi dengan siapa masalah anda, selagi mana anda menjaga adap-adapnya. (Eh, berkongsi masalah pun ada adap?? Ye, ada tp saya tidak akan kupas soal itu pada entri ini heee. Maaf) Berkongsi la dengan mereka. Bermusyawarah. Tapi yakinlah dengan ALLAH. 

Konklusinya untuk mencari ketenangan lebih-lebih lagi apabila diuji perlu:
  1. Muhasabah rahmatNya untuk kita. Kebesaran-Nya
  2. 'Jujur' dengan ALLAH. Akui kelemahan kita, kehinaan kita
  3. Faham mengapa kita diuji
  4. Jangan lupa berdoa ^__^
Gambar:
Kredit kepada Syed Zulfaqar
Rujukan: 
Surah Ar-Ra'du. ayat 28;
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3;