Monday, 28 April 2014

Kerana Sebuah Tarbiyah



بسم الله الرحمن الرحيم
Penaku Bertulis Lagi..
Setelah Sekian Lama Menyepi..
Harap sahabat2 semua dapat baca dan hayatinya
Bingkisan dari hati, kerana sebuaH 'TARBIYYAH'.
Apa gunanya Tarbiyyah ?
Apa baiknya jalan dakwah?
Apa mereka tak mampu melihat?
Kerana sebuah tarbiyyah,
aku merelakan segala sakit-sakit, baik di tubuh, jasad & hati.
Kerana sebuah tarbiyyah,
aku menanggung malu, amarah, sedih &
segala apa yg tak mungkin pernah aku rskan
seandainya aku tidak diatas jalan ini.
Kerana sebuah tarbiyyah,
duniaku bukanlah milikku lagi, hatiku bukanlah milikku lg.
Aku tukarkan segalanya, aku serahkan segalanya.
Untuk mereka, segala itu tiada ertinya lagi,
bukan untukku melainkan untuk mereka semua.
Kerana sebuah tarbiyyah,
aku tidak melihat lagi melainkan mereka.
Dan engkau bertanya, mengapa perlunya tarbiyyah itu?
Mengapa mesti dakwah yg kau pilih?
Mengapa harus segalanya kau korbankan demi semua itu?
Kerana sebuah tarbiyyah,
aku kini mampu berdiri sendiri meski seluruh dunia melawan,
meski setiap hati menolak,
akan ku ttp menggenggam bara api tarbiyyah itu,
kerana hidupku hanyalah untukNya, kerana matiku hanyalah untukNya.
Kerana sebuah tarbiyyah,
duniaku yg sempit kini bertukar menjadi seluas alam.
Luas, seluas langit biru yg terbentang!
Duniaku tidak lagi kontang tanpa jirusan air yg membasahi hati.
Menghidupkannya, kerana aku lah yg mahu menjadi seperti titis-titis hujan basah itu.
Kerana sebuah tarbiyyah,
hati-hati yg berkumpul untuk mendaulatkan syariatNya
suatu hari nanti pasti akan bertemu jua.
Jika tidak didunia, inshaAllah taman-taman syurga akan menjadi saksi.
Setiap titisan darah, peluh dan luka-luka itu
pasti akan terubat oleh sebuah tarbiyyah.
Kerana sebuah tarbiyyah telahpun dipilih pd saat itu,
dan takkan mampu untuk berpaling lagi.
Kerana fahamnya kita, dan yg paling mudah sekali kerana
cintanya kita padaNya dan kita merasa bahagia.
Cukuplah dgn itu.
Tetaplah dijalan ini walau apapun dugaannya..
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
"sesunguhnye dariMU kami datang dan kepadaMU jua kami kembali"

Friday, 28 February 2014

Mereka Kata




Bismillah. Assalamualaikum.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila huruf-huruf pertama yang diajar kepada anak-anak kita adalah Alif, Ba, Ta.
Sedangkan mereka mengajar anak mereka menyebut A, B, C, 1, 2, 3.
Mungkin mereka tidak tahu satu huruf Al-Quran yang dibaca itu ganjarannya 10 pahala.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila Al-Quran adalah buku pertama yang diajar kepada anak kita.
Sedangkan mereka mengajar anak-anak mereka membaca buku kimia.
Mungkin mereka tidak tahu Al-Quran itu rujukan untuk berjaya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila Al-Quran yang ada sudah pandai dibaca.
Sedangkan mereka berbangga kerana anak-anak mereka sudah pandai menyelesaikan masalah kira-kira.
Mungkin mereka tidak tahu Al-Quran itu panduan kepada segala permasalahan yang ada.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita hantar anak-anak ke pondok, maahad dan madrasah di usia muda.
Sedangkan mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah elit dan ternama.
Mungkin mereka tidak tahu ilmu agamalah yang akan membentuk diri tatkala dewasa.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita berselubung dengan pakaian hitam sampai tak nampak rupa.
Sedangkan mereka bangga atas nama fesyen, bentuk tubuh badan diperaga.
Mungkin mereka tidak tahu hijab itulah penyelamat maruah wanita.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita berkopiah, melipat seluar hingga ke atas buku lali sampai tak ada gaya.
Sedangkan mereka enak menghias diri sampai memukau mata.
Mungkin mereka tidak tahu di sebalik sunnah itu ada kejayaannya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita duduk di masjid menghabiskan masa.
Sedangkan mereka pula menghabiskan masa dan wang ringgit di kompleks pasar raya.
Mungkin mereka tidak tahu masjid itu tempat bercambahnya ilmu dan rahmatNya.

Mereka kata kita tolak dunia.
Bila kita tak ada kerja pergi dakwah sini sana.
Sedangkan mereka seronok mengejar nikmat dunia.
Mungkin mereka terlupa masih banyak lagi umat menderita.

Ada banyak lagi mereka kata.
Sampai kawan ana kata biarkanlah saja mereka.
Cara kita dengan cara kita, cara mereka dengan cara mereka.
Tapi ana tak boleh, kerana itu tanggungjawab ana sebagai umatnya.

Biarlah apa mereka nak kata.
Bila kita asyik terkejarkan akhirat sana.
Sedangkan mereka sibuk berusaha untuk berjaya di dunia.
Cuma ana nak ingatkan kejayaan manusia di dunia hanyalah dalam agama dengan berjaya taat perintah Allah Taala dan ikut cara kekasihNya.
Dan kejayaan yang sebenarnya adalah terlepas dari azab seksa neraka seterusnya dapat masuk syurga Allah Taala.

Monday, 24 February 2014

ProKhiB SKRPB 3.0

7 Feb - 9 Feb 2013

Alhamdulillah selesai sebuah lagi program khidmat bimbingan Muntasar di SK Raja (P) Budriah, Chemumar, Perlis. Tahniah dan terima kasih buat semua guru dan staf SKRPB yang sentiasa sudi menerima kami. Hanya ALLAH yang mampu balas dan menganjari kalian atas usaha kalian mendidik anak-anak ini. Moga terus diberi kemudahan ;)

Tahniah dan terima kasih juga pada para peserta yang ceria dan penuh dengan senyuman. Sungguh melihat kalian tersenyum dan ketawa membina semangat kami, mengubat kelelahan kami. Moga dipelihara ALLAH sentiasa. ;)

Buat para fasilitator dan sahabat-sahabat yang membantu, tahniah dan terima kasih. Hanya ALLAH yang mampu balas usaha kalian. Islam memerlukan pemuda-pemuda seperti kalian. :)






"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar." 
-Syed Qutb-


Wednesday, 29 January 2014

AMANAH


Amanah

Amanah

Manusia boleh menjadi semakin baik atau semakin buruk sama ada dengan amanah mahupun tanpa amanah

Amanah datang dalam pelbagai bentuk
Kepimpinan, jawatan, keluarga, kewangan dan lain-lain.

Jika hanyut dengan amanah,
Barangkali lemas dalam dilema konflik diri

Jika guna amanah untuk kepentingan diri,
Barangkali hak-hak di bawah amanah itu tidak dipenuhi

Jika amanah dilupakan,
Barangkali tidak dapat menjawab di depan Ilahi di akhirat kelak

Jika diri tanpa amanah yang ditugaskan,
Barangkali masa akan banyak terbuang begitu sahaja

Adapun, masih banyak lagi kebaikan dengan amanah

Dengan amanah,
Barangkali masa yang ada lebih sedikit berbanding tanggungjawab yang ada

Dengan amanah,
Barangkali itu titik tolak perubahan ke arah kebaikan

Dengan amanah, 
Barangkali pelbagai pengalaman hidup dapat ditimba

Dengan amanah,
Barangkali peluang meluaskan pengetahuan bertambah

Dengan amanah,
Barangkali pengawasan ibadah harian kita semakin kemas

Dengan amanah,
Barangkali itulah jalan semakin dekat dengan Allah

Banyak lagi manfaat berbanding mudarat
Terserah kepada diri kita menentukannya

Adapun Islam tidak mengajar kita meminta amanah
Namun apabila diberikan tanpa dipinta
InshaAllah, Allah membantu kita 
dan menjadi kewajipan kepada untuk kita melaksanakannya

Wallahu'alam

kredit: Saudara Mohd Farid B. Mohd Na'aim
gambar: http://ffffound.com/image/bf790eb491540e4119c968a2ede2c41ba02ccfb4?c=3853686

Sunday, 15 December 2013

Kembali: Amir Rusydi


16 Disember 2013~
 Hari ini, ALLAH jemput kembali seorang seorang sahabat untuk menghadapNYA. ALLAH.... tidak ada daya untuk kami melakukan apa-apa melainkan doa. 

"Ya ALLAH, kasihanilah sahabatku. Kasihanilah dia. Tempatkan dia dalm kalangan orang yg ENGKAU redhai"

"Setiap orang pasti melakukan kesilapan. Bagi yg bijak, mereka akan jadikan pengalaman sebagai pengajaran. Dan kalau hg jatuh 10 kali pon, tp ttp bagun semula, adlah lbh baik dari jatuh 1 kali tp x bagun. ALLAH sentiasa bersama, serta peganglah pada AlQuran & AsSunnah"~Amir Rusydi 

:')

Friday, 25 October 2013

RM 2



Haahh tak kan baca & geleng-geleng kepala ja? Tak rasa nak buat apa-apa?

Sahabat mahasiswa sekalian, dalam kesibukkan kita belajar, ana nak ajak anda semua ambil sedikit masa, berhenti dan melihat. Lihat! Lihat masyarakat sekeliling anda. Lihat Ummat ini. ALLAH... sedih.

Menjadi hamba pada harta dunia. Kita lihat kekayaan yang ALLAH limpahkan pada kita. Boleh beli macam-macam, boleh jalan merata, boleh beli rumah berbiji-biji. Kereta, 'private school', saham di syarikat-syarikat. Ahhh! banyak. Banyak. Tak mampu nk senaraikan. Tapi dlm anda dikelilingi kemewahan.... ada orang perlu 'MENCURI' RM2 dari untuk hidup. RM2! Bukan RM20000 @ RM200. Bukan jgk RM20. RM2!! Kena penjara plak tu. Tak masuk akal! ALLAH....

Jadi apa yang kita kena buat? Apa yang kita bleh buat?

Belajar. Belajar betul-betul. Raih tempat anda ditengah-tengah masyarakat dan didik mereka. Tarbiyah masyarakat, ubah sistem. Kembali pada sistem Yang Maha Esa.

Anda MAHASISWA. Anda PEMUDA. Bukan satu entiti yang biasa-biasa. Tapi satu kuasa yang luarbiasa! Gunakan kuasa anda, gunakan kemahiran anda untuk mengajak manusia kembali pada Tuhan. Yang akan bisa mengegarkan dunia ini adlah anda! bukan golongan tua mahupun kanak-kanak. Tapi anda..



Apa yang anda dah buat untuk ummat ini?




Thursday, 19 September 2013

Aku Cinta DIA ::Bahagian1::

oleh : Nur Adawiyah



Aku cinta Dia. Dan aku jugak sedar, Dia mencintaiku.

“Eleh, perasan. Mana hg tau Dia cinta kat hg?”

“Tak, betul. Aku ada bukti la. Kenapa? Tak percaya? Okay, tak pa, we look and see…”

Dan aku jugak tau, ramai yg mencintai Dia. Mana boleh tak jatuh cinta dgn Dia. Dia yg Terhebat. Fuhh.., mmg tak dak sapa boleh lawan Dia. Dia yg Maha Kaya. Segala-galanya Dia ada. Cuba cakap apa yg Dia tak dak. Semua Dia ada.

“Yg hg mengagungkan Dia sgt tu kenapa? Aku tau la hg deeply in love dgn Dia tp tak yah la nak over sgt.”

“Aku tak over la. Tolong sikit. Dah Dia yg aku cinta, of course Dia yg aku agungkan. Tak kan aku nak agungkan yg len pulak. Hg tak yah nak jealous sgt la. Aku bagi je hg nak share cinta aku dgn Dia. My pleasure tau…”

“Ni, aku nak tanya. Mana bukti Dia cinta kat hg?”

“Soalan hg ni buat aku sedih tau. Dia selalu bagi apa yg aku nak. Aku nak kejayaan, aku nak duit, nak makan, nak kasih sayang.., semua Dia bagi. Tu bukan bukti Dia cinta kat aku? Selalu jugak Dia bagi lebih dari apa yg aku nak. Walaupun kadang-kadang Dia tak bagi apa yg aku nak, actually Dia bagi apa yg aku perlu. Mula-mula mmg aku tak nampak, tapi lepas aku fikir-fikir guna akal yg Dia dah bagi kat aku, mmg byk benda yg aku perlu Dia bagi kat aku. Yg paling hebat tu, aku tak sedar pun macam aku perlu benda tu, tapi Dia lebih kenal aku, lebih tau aku perlukan apa.. Lebih dari aku tau diri aku. He always loves me…

Dia menyayangi aku lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya. Betul aku cakap. Dia sayang aku lebih daripada mak aku sayang kat aku. Hg nak tau tak, kalau aku datang kpd Dia sejengkal, Dia akan datang kpd aku sehasta. Kalau aku datang kpd dia sehasta, Dia akan datang kpd aku sedepa. Lebih-lebih lagi kalau aku datang dekat dgn Dia berjalan, Dia akan datang dekat dgn aku berlari…”

Kalau Dia tak bagi apa yg aku nak, atau Dia bagi sesuatu kesusahan pada aku, sebab Dia nak aku kuat. He wants to teach me something. He doesn’t give something I cannot beer. He knows that I can handle it. Aku akan ingat pada ayat-ayat dalam ‘surat cinta’ daripada Dia.  
‘Sungguh, Kami akan menguji kamu dgn ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa dan hasil tanaman. Berilah khabar gembira kpd orang-orang yg SABAR.’(2:155). 

 ‘Wahai sekalian orang yang beriman, mintalah pertolongan dgn Sabar dan dgn Solat. Sesungguhnya Aku bersama orang-orang yg SABAR.’(2:153). 

 ‘Jadikanlah Sabar dan Solat sbg penolong mu. Dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk, iaitu orang-orang yg meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kpd-Nya.’(2:45-46).

 Weh, kalau aku tanpa Dia, aku tak bleh hidup. Aku lemah. Tak ada daya aku  melainkan dgn Dia. Apa yg aku ada sekarang ni pun, semua Dia punya. Tak dak yg aku punya. Diri aku sendiri ni Dia punya. Family aku, duit, ilmu, mahupun kecantikan yg aku ada, semua tu Dia punya. Kalau nak senaraikan semua benda, memang tak dak yg aku punya. Hg jgn nak kata aku silap atau aku tertinggal apa-apa. Memang semua Dia punya. Cuma aku ni je kot yg tak selalu bagi apa yg Dia minta dan harapkan daripada aku…”

“Kenapa pulak hg macam tu? Tak kenang budi langsung la…”

“Isk..isk..aku tau. Aku sedih weh hg cakap aku macam tu. Kadang-kadang aku lupa dan alpa berserta lalai. Memang sifat aku ni manusia macam tu. Tapi, aku akan sedar bila Dia mengetuk pintu hati aku lagi. Bila Dia hantarkan manusia-manusia lain untuk ingatkan aku tentang Dia. Ada satu ayat-ayat cinta dalam ‘surat cinta’ daripada Dia yg aku suka.  ‘Peringatan itu baik untuk orang-orang yg beriman’…”

“Hg ni orang yg beriman ka?”

bersambung...

4/9/13

gambar: http://www.deviantart.com/art/ayat-ayat-cinta-171993466