Friday 25 October 2013

RM 2



Haahh tak kan baca & geleng-geleng kepala ja? Tak rasa nak buat apa-apa?

Sahabat mahasiswa sekalian, dalam kesibukkan kita belajar, ana nak ajak anda semua ambil sedikit masa, berhenti dan melihat. Lihat! Lihat masyarakat sekeliling anda. Lihat Ummat ini. ALLAH... sedih.

Menjadi hamba pada harta dunia. Kita lihat kekayaan yang ALLAH limpahkan pada kita. Boleh beli macam-macam, boleh jalan merata, boleh beli rumah berbiji-biji. Kereta, 'private school', saham di syarikat-syarikat. Ahhh! banyak. Banyak. Tak mampu nk senaraikan. Tapi dlm anda dikelilingi kemewahan.... ada orang perlu 'MENCURI' RM2 dari untuk hidup. RM2! Bukan RM20000 @ RM200. Bukan jgk RM20. RM2!! Kena penjara plak tu. Tak masuk akal! ALLAH....

Jadi apa yang kita kena buat? Apa yang kita bleh buat?

Belajar. Belajar betul-betul. Raih tempat anda ditengah-tengah masyarakat dan didik mereka. Tarbiyah masyarakat, ubah sistem. Kembali pada sistem Yang Maha Esa.

Anda MAHASISWA. Anda PEMUDA. Bukan satu entiti yang biasa-biasa. Tapi satu kuasa yang luarbiasa! Gunakan kuasa anda, gunakan kemahiran anda untuk mengajak manusia kembali pada Tuhan. Yang akan bisa mengegarkan dunia ini adlah anda! bukan golongan tua mahupun kanak-kanak. Tapi anda..



Apa yang anda dah buat untuk ummat ini?