Friday 28 December 2012

Iqra'




Iqra'

Bekalan ataupun 'senjata' kita dalam menghadapi perbahasan, kritikan dan masalah umat yang pelbagai kelak adalah dengan banyak membaca dan mengkaji. Tidak dinafikan bahawa bertalaqi ataupun belajar berguru itu adalah utama, tetapi kita perlu faham bahawa tidak semua kitab/buku perlu berguru dan tidak semua pengajian berguru perlu kepada kitab tertentu. Ilmu yang perlu untuk berguru adalah dalam usul agama seperti Al-Quran, Hadis, Fiqh, Aqidah, Tasawuf dll, tetapi bahan bacaan selainnya seperti sejarah,fikrah, fatwa-fatwa ulama dll tidak wajib berguru. Lihatlah bagaimana Imam An-Nawawi dan Al-Hafiz Ibnul Jauzi r.a. yang terlalu banyak membaca dan menulis; sangat produktif, mereka berguru di siang hari dan menelaah di malam hari.

Kita juga tidak boleh terikat dengan talaqi berguru saja dan bila pulang kita melepak! Kita perlu ingat bahawa para ulama dahulu hebat dan produktif kerana mereka 'سعة الإطلاع وكثرة البحث' yakni, luas pembacaan dan banyaknya kajian. Setelah mereka pelajari suatu masalah, mereka cuba mengaplikasikannya, mengkaji dan menyelesaikan permasalahan.

Suatu yang menyedihkan apabila suatu masa kelak kita dalam pendapat yang benar, tetapi oleh kerana kurang bekalan, kita tewas tatkala dibahas oleh mereka yang berfahaman serong, ekstrem, dan sesat. Seolah-olah kita dalam golongan yang salah dan mereka kelihatan benar kerana hujjah mereka tampak lebih kuat. Ianya boleh menyebabkan fitnah kerana kita menjadi punca masyarakat berpaling dari kebenaran dek kelemahan kita.

Sebab itu kalau kita lihat Master di Al-Azhar dan mana-mana Universiti menitikberatkan pembacaan dan kajian yang sangat banyak. Ini kerana seorang pelajar dan ahli ilmu itu tidak semudahnya menjadi ilmuwan kecuali dengan banyak membaca dan mengkaji(disamping berguru)..

Walhasil, dalam membaca dan mengkaji ini, saya syorkan untuk kita belajar teknik membaca dengan pantas 'Speed Reading' agar lebih cepat untuk minda kita membina dan tercetak(boleh blajar kat utube :P). Mulalah untuk target habiskan bahan bacaan dalam tempoh tertentu seperti 100 muka sehari, 1 buku seminggu, 10 buku sebulan atau 100 buku setahun. Paling kurang, jangan biarkan hari kita dihabiskan tanpa membaca apa-apa.

Dr. Tariq Suweidan, ulama besar Kuwait dan pemikir Islam kontemporer berkata, dengan 'Speed Reading' beliau boleh telah menghabiskan lebih 200 kitab Sirah dalam keadaan yang sibuk, beliau juga pernah membaca lebih 700 muka surat satu malam dan kini beliau disiplin untuk menghabiskan puluhan buku sebulan walau sibuk mana pun beliau..

source : http://www.facebook.com/Azam.Q.Husni/posts/514637431904223?comment_id=5909352&ref=notif&notif_t=feed_comment_reply

pic by: http://browse.deviantart.com/?q=read&offset=336#/d56sngz

Study Week!





Macam mana study week? Moga berjalan sebaiknya seperti yg dirancang ^__^

Study week ni bukan untuk studi gila-gila semata-mata. Tp studi week ni spatutnya juga jadi minggu yg kita dekat dengan ALLAH gila-gila. Lebih dekat dari hari-hari lain, dari minggu-minggu lain. Kalau biasa-biasa, hubungan kita dengan ALLAH di-level 3, study week sepatutnya up-kan hubungan sampai level 5. Hehehe. Tp jgn after exam terus jatuh ke-level 1. Istiqamah teman!

Study week gak bukan bermaksud kita boleh lewat-lewatkan solat kita dengan alasan STUDY. Owh, tidak sama sekali!! Sibuk menghadap buku dan buat latihan tapi solatnya di hujung waktu. Mana boleh macam tu.. Ilmu itu ALLAH punya, mana mungkin kita mampu memilikinya sedangkan kita dustakan hak Pemiliknya. Mungkinkah?

Rancang usaha anda dalam minggu study ni. Jangan semberono sahaja. Ya! usaha juga perlu dirancang. Jika anda tidak merancang, anda tidak layak berkata begini : "Aku dah usaha separuh mati, kenapa tak dapat jugak?" Usaha yg separuh mati, tanpa perancangan tidak akn menberikan hasil segempak usaha kecil yang dirancang. 

 "Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang dibuat tanpa perancangan.", Saidina Ali 

Quran juga jangan tinggal ye. Istiqamahkan bacaannya. Anda mungkin akan menghadapi situasi begini :" Eh, Quran tak baca lagi, tapi banyak lagi nak studi ni. Macam mana ni??" Pernahkah? Maka nasihat ana, tinggalkan kejap studi tu. Baca Quran dulu. Banyak mana pon anda studi, hafal itu ini, tp, saat anda nak menjawab soalan exam nanti, bukan banyak mana studi anda yang menentukan anda mampu menjawab, tapi ALLAH. Cukup ALLAH tiupkan rasa gementar dalam hati kita untuk menganggu emosi di dewan exam nanti. Simple things do matter.“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,” (Al-An’am;17)  Takut tak? He3. 

Tapi, tak bermakna sepanjang studi week ni, anda tak perlu studi. Solat dan berwirid 24 jam. Anda perlu studi!! Anda perlu beri yang terbaik dalam studi anda!! “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Ar-Ra'd:11). Itu sunnahtullah utk berjaya. Usaha, studi, solat, doa, tawakal. Bukankah Muslim itu tawasun dalam amalnya?

Jadi, bagaimana studi week anda? 



Monday 24 December 2012

Itulah cinta..



Ukhwah itu indah ^__^

"Apa yg anti hepi sgt hrini ni??"

"Sbb ada sahabat ana nak berubah ke arah lebih baik. I rasa seronok.If someone that u know for a long time tetibe ckp nk berubah cmtu, rasa mcm Subhanallah!!. Hidayah ALLAH itu mmg kepada  org y dikehendakinya kan? n i bet anti penah rasa perasaan itu"

ALLAHUAKBAR

Itu antara hadiah yg paling bernilai. Melihat mereka yang kita cintai dekat dengan NYA. Buat kita ingin menjadi lebih kuat, agar tiap kali dia jatuh kita mampu memapahnya untuk bangun semula. Buat kita ingin jadi lebih sabar, agar kita mampu tersenyum padanya saat dia perlukan senyuman. Buat kita ingin jadi lebih matang, agar kita mampu memberi nasihat yg terbaik buatnya. Buat kita ingin jadi lebih tabah, agar kita mampu berkorban dan itsar untuknya. Kerana itulah ukhwah. Itulah cinta.

“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.”
 (Hadis Riwayat Muslim)







Saturday 15 December 2012

Dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi





"Aku tahu kita kena hormat parents kita, tapi aku tertanya-tanya takkan kita tak boleh rasa marah langsung kat diorang. Kita sebagai anak pon ada perasaan marah jugak", soalan seorang teman ketika kami sama-sama makan tengah hari tempoh hari. Perkara pertama yang bermain dalam fikiran ana ketika dengar soalan ni ialah bagaimana akhlak ana dengan parents ana, redha tak mereka pada ana. Bermain juga di fikiran ana, insiden-insiden yang buat ana kurang setuju dengan keputusan mereka dan bagaimana ana hadapi. Kadang- kadang berjaya, kadang-kadang tak. Biasanya, ana akan selalu ingatkan diri ana tentang satu kisah; kisah Uwais Al-Qarni.

***

Uwais adalah seorang pengembala kambing yang tinggal di sekitar Yaman. Beliau adalah antara orang terawal yang memeluk Islam ketika Islam pertama kali tiba di Yaman. Uwais punya seorang ibu yang lumpuh dan buta. Seperti manusia lain, Uwais juga punya impian. Impiannya, dia mahu bertemu Rasulullah. Hanya ALLAH yang tahu perasaan rindunya pada al-Amin. Hanya ALLAH juga yang tahu bagaimana sedih hatinya bila jiran-jirannya yang baru pulang dari Madinah bercerita tentang baginda, Tetapi bila beliau fikirkan keadaan ibunya, dipendam sahaja hasrat hatinya. Redha ibunya lebih penting dari impiannya.

Kecederaan Rasulullah di medan Uhud benar-benar buat beliau terkesan. Dengan tertib beliau sampaikan hasrat hatinya pada si ibu. Lumrah seorang ibu, dia faham benar perasaan Uwais. Dia benarkan anak kesayangnya itu bertemu kekasih hati dengan pesan supaya pulang segera. Berbunga-bunga hati Uwais. Maka, berangkatlah Uwais ke Madinah.

Sampai sahaja di Madinah beliau langsung ke rumah Rasulullah. Kedatanganya di sambut Saidatina Aishah r.a dengan khabar bahawa Rasulullah masih belum pulang dari medan tempur. Beliau mahu tunggu hingga Rasulullah pulang, tapi beliau teringat pesan ibunya supaya segera pulang. Dengan berat hati beliau minta diri dengan dititipkan salam pada baginda Rasulullah melalui Saidatina Aishah r.a. Pulanglah Uwais ke Yaman dengan rindu yang sarat pada baginda. Masih belum tercapai impiannya.

Setelah pulang dari medan tempur, salam Uwais disampaikan pada Rasulullah. Baginda sudah tahu tentang kehadiran Uwais sebelum Saiditina Aishah r.a maklumkan lagi. Rasulullah memandang Saidina Umar r.a dan Saidina Ali r.a seraya berkata: “Suatu ketika apabila kamu bertemu dengan beliau, mintalah doa dan istighfarnya, beliau adalah penghuni langit, bukan orang bumi.” 

Ketika Saidina Umar r.a menjadi khalifah, beliau dan Saidina Ali r.a sering bertanyakan kabilah yang datang ke Madinah dari Yaman tentang Uwais. Sampai satu ketika Uwais turut serta dalam salah satu kabilah tetapi hanya sebagai penjaga unta. Saidina Umar r.a dan Saidina Ali r.a segera ke khemah beliau di pinggir Madinah. Uwais sedang solat ketika dua sahabat itu tiba. Selesai solat, Umar r.a menghulurkan tangan untuk bersalam dengan beliau Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar r.a dengan segera membalikkan tangan Uwais. Matanya terpaku pada tanda putih di tagan Uwais.


“Kalau kalian ingin berjumpa dengan Uwais,perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah talapak tangannya.” sabdaan Raslullah satu ketika dahulu bermain di mindanya. Lantas dua sahabat itu memohon doa dan istighfar dari Uwais. Pada mulanya Uwais enggan, kerana padanya sepatutnya beliau yang perlu mohon doa dari dua sahabat ini. Tapi akhirnya beliau bersetuju.

Beliau tidak sempat bertemu Rasulullah ketika hayat Rasulullah, namun Rasulullah kenal Uwais. Dua sahabat yang akrab dengan Rasulullah sendiri meohon doa darinya, sedangkan mereka lebih akrab dengan Rasulullah. Ada riwayat menyebut bagaimana beribu-ribu orang yang tidak dikenali menguruskan jenazah Uwais ketika beliau wafat hingga mengemparkan penduduk Yaman. Nyata penduduk langit benar-benar menantikan 'kepulangan' beliau.

***

Mungkin kadang-kadang kita terkasar dengan 'parents' kita. Dan mungkin ada sesetengah perkara yang biasa-biasa bagi kita tetapi sensitif bagi mereka. Cubalah yang terbaik untuk memelihara perasaan mereka ye. InsyaALLAH =)

source :
  1. http://haticlassic.blogspot.com/2011/10/kisah-uwais-al-qarni.html
  2.  Petikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. oleh Norasyikin Ahmad
  3. Picture: http://hsisters.files.wordpress.com/2012/01/muslim-family.jpg