Saturday 14 July 2012

Di mana DIA di hatiku?



Siapa pemilik hatiku?


Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

***

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.


***

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

***

Di mana DIA di hatiku?

Teruslah bermujahadah dan istiqamah agar DIA ada di hati kita. Walaupun susah dan panjang perjalanannya, tapi yg paling penting kita telah berusaha utk mengorak lankah ke situ. InsyaALLAH  ^^

Adaptasi dari 'Di Mana DIA di Hatiku?' oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi 

Friday 13 July 2012

Nasihat Wanita Tua Kepada Amirul Mukminin






Dimasa kepemimpinan Amirul Mukminin, Umar bin al-Khattab ra, ada pernah seorang wanita yang usianya sangat tua. Namun dengan penuh keberanian, ia menasihati sang Khalifah dengan kata-kata:

“Hai Umar, aku ingat dulu ketika di pasar Ukadz dan waktu itu namamu masih Umair (Umair kecil). Engkau menakuti anak-anak dengan tongkatmu, lalu engkau bernama Umar, dan kini engkau dipanggil Amirul Mukminin. Bertakwalah kepada Allah dalam kesejahteraan rakyat. Ketahuilah, siapa saja yang takut akan ancaman Allah, maka Allah akan mendekatkan baginya segala yang jauh. Siapa saja yang takut akan mati dia akan takut menyia-nyiakan waktu yang bermanfaat”.

Wanita tersebut lama berdiri menasihati Khalifah, Umar pun terus mendengarkannya dengan penuh perhatian dan penuh kesabaran. Salah seorang yang menyaksikan peristiwa tersebut berkata pada khalifah Umar,

“Amirul Mukminin, wanita itu telah meremehkan dan melelahkan Anda”.

Khalifah menjawab:

“Tidakkah engkau kenali siapa dia? Inilah wanita yang ucapannnya didengar oleh Allah dari langit ke tujuh. Dialah Khaulah binti Tsa’labah, penyebab turunnya awal surat al-Mujadalah. Demi Allah, jika ia berdiri semalaman suntuk maka aku tidak akan meninggalkan, kecuali untuk shalat, dan aku akan kembali untuk menjumpai dan mendengarkannya”.

Demikianlah berharganya nasihat yang disampaikan oleh seorang wanita tua kepada Khalifah. Peranan yg dibawa oleh seorang wanita dalam pembangunan negara. ^_^

Logo