Friday 24 February 2012

Indahnya Hidayah ^_^




Hidayah=Petunjuk=Guidance=cahaya

ALLAH ada menyebut tentang maksud Hidayah dlm beberapa ayat dalam AlQur'an. Salah satunya dalam surah Al-An'am ayat 104:

" sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti2 yg terang, maka barangsiapa yg melihat bukti2 itu (hidayah), maka bermanfa'atlah bagi dirinya.."

Hidayah tidak ALLAH beri pada orang yang 'biasa-biasa' tapi ALLAH beri pd orang-orang yang ALLAH pilih. Pada orang-orang yang istimewa. Pada orang-orang yang tidak pernah berputus asa untuk mencarinya. Hidayah itu ALLAH beri pada saya dan juga anda! Maka bersyukurlah dan berbanggalah kerana anda menjadi pilihan ALLAH

Dalam menjaga hidayah perlukan kesabaran dan kekuatan ibadah agar hidayah itu sentiasa berada dalam hati kita Dkt sini ana nak berkongsi sikit tentang tips-tips untuk sentiasa diberi hidayah oleh ALLAH. InsyaALLAH

Tips-tips Mendapat Hidayah
  1. Banyakkan memuji ALLAH
  2. Banyak ingat akhirat
  3. Banyak ingat mati
  4. Elakkan ujub dan riak
  5. Baiki kekurangan diri dan menutup aib orang lain
  6. Banyakkan A-Fatihah
Kita selalu lupa pada ibadah mudah ni. Kita mencari-cari masa untuk membuat ibadah yang lebih besar mcm tahajud dan tilawah. Tapi kita lupa pada ibadah yang kecil tapi besar impaknya pd hati-hati manusia. Jd insyaALLAH kita sama-sama perbaiki diri kita dan famili serta sahabat-sahabat kita. Moga hidayah sentiasa dalam hati kita.

Wednesday 22 February 2012

A child

by Teacher Izzah of Tadika Cinta Bestari

Selesai mengajar pendidikan islam tadi,semua murid balik ke kelas.Topik hari ini adalah tentang rukun iman yang kelima,beriman kepada Hari Kiamat.Husna tak bergerak dari tempatnya.Saya melihat Husna.Wajahnya keruh,air matanya bergenang.Saya jadi kaget..

Teacher Izzah : Una kenapa?ada kawan buat ke?

Dia hanya menjawab dengan gelengan.

Teacher Izzah : Ada kawan marah Una? Kawan tinggalkan Una? ke Una marah teacher?

Saya cuba memujuk sambil memeluknya.Semua pertanyaan saya di jawab dengan gelengan kepala.Tiada suara yang keluar.Hanya air mata yang bergenang. Akhirnya Teacher Aisyah memujuknya untuk masuk ke kelas.

Tengah hari itu,selesai makan tengah hari,baru Husna datang kepada saya.

Husna : Teacher nak tau ke kenapa Una sedih tadi?

Teacher Izzah : ha'a,nape Una sedih tadi?

Husna : Una takut kalau nanti Una tak dapat masuk syurga..



Saya terdiam..terkedu..
Wajahnya keruh kerana takut tak dapat masuk syurga. Air matanya bergenang tadi kerana risau seandainya tak dapat masuk syurga..dalam usia 6 tahun..

Saya cuba mengimbas apa yang saya tahu tentang syurga ketika berusia 6 tahun. Saya cuba muhasabah sejauh mana saya pada saat ini benar-benar risau memikirkan "bagaimana nanti kalau saya tak dapat masuk syurga"...

Sungguh saya mendapat pelajaran yang besar hari ini..

Sunday 19 February 2012

Pemakanan Untuk Otak

     Assalamualaikum sahabat Muntasar sekalian. Moga kalian sentiasa berada dlm rahmat ALLAH s.w.t. Kali ni ana nk mnulis tentang pemakanan. Pemakanan utk otak. Kadang-kadang itu ambil mudah soal pemakanan sdgkan pemakanan merupakan satu faktor pnting dlm pmbinaan diri kita. Baik secara fizikal, mental mahupun rohani.

     Kategori pemakanan utk saraf dan otak dibahagi kepada 2. Iaitu neurofilik dan neurotoksik.

    Neurofilik adalah makanan yg memang diperlukan oleh otak utk tenaga berfikir, pertumbuhan dan perkmbangan minda, ksihatan dan pncegahan penyakit yg berkaitan otak, fikiran dan perasaan.

     Contoh-contoh makanan neurofilik adalah:

  • Ikan
  • Kekacang (kacang soya, kacang tanah, kacang hijau, kacang pis, kacang pistachio, badam)
  • Bijirin penuh (barli, gandum,beras tumbuk, jagung)
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Kismis
  • Tamar/kurma
  • Susu dan makanan drpd susu (keju)
  • Ayam
  • Gula semulajadi (gula merah, gula melaka)
  • Koko dan Coklat
  • Belalang
  • Marjerin sayuran
  • Minyak Sayuran (minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari)
  • Beras warna coklat
  • Roti mil penuh
  • Ubi kentang, Ubi keledek
  • Daging tanpa lemak
  • Madu lebah
  • Makanan laut yg mengandungi iodin (kerang dan siput)
  • Minyak ikan
  • Telur

     Makanan neurotoksik pula ialah kumpulan makanan yg tidak diperlukan oleh otak kerana boleh meracun otak, minda dan fikiran. Serta menjejaskan fungsi berfikir dan melemahkan ingatan dan menganggu perasaan. Makanan-makanan ini boleh menyumbang kepada mengantuk dan malas.

     Contoh makanan neurotoksik pula adalah:
  • Ais krim
  • Air berklorin
  • Cuka, asam dan jeruk
  • Biji dan ulam pucuk gajus
  • Biskut dan kek
  • Buah pala
  • Garam (sederhana munasabah)
  • Gula (bahaya berlebihan)
  • Junk food
  • Kopi dan teh
  • Makanan berminyak
  • Rokok

    Apa pon yg kita makan biarlah dalam kuntiti yg sederhana dan tidak berlebih-lebihan.Dan yg paling penting, pastikan makanan yg kita ambil adalah dr sumber yg halal, diproses dgn cara yg halal dan disediakan dgn cara yg halal jugak.

 “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?”(Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi)
    InsyaALLAH marilah kita sama-sama baiki mutu pemakan kita agar setiap yg kita makan memberi manfaat pd diri kita yg hakikatnya hanya pinjaman dr ALLAH. Untuk yg bergelar pelajar pulak, amalkanlah pemakanan yg sihat agar minda dan tubuh badan anda sihat dan kuat. Bukankah ALLAH itu cinta pd mukmin yg kuat? Jdkan makanan kita juga salah satu pintu ibadah kepada ALLAH agar ALLAH lbh cinta pd kita.

    Jadi sahabat, marilah kita melangkah mengapai cinta ALLAH!   =)

Tuesday 7 February 2012

La Tahzan, sahabat


Sahabat,

Kadang-kadang kita kecewa,sedih, hampa.
Bercampur baur menjadikan kita lebih dewasa.
Dalam meniti usia yg kian panjang
Tapi yakinlah setiap langkah kita pasti ALLAH bersama kita

Sahabat,

Usaha... yakinlah dengan janji ALLAH
ALLAH tidak menilai natijah yg kita dapat,
Tetapi usaha yg kita lakukan itulah yg ALLAH lihat..
Kuat ya!! :)
InsyaALLAH

Kadang-kadang ALLAH tangguhkan dulu kejayaan kita
Kerana... DIA ingin mendengar
Doa-doa yg lahir drpd hamba-NYA
ALLAH rindu mendengar bisikan doa kita.

Jadi....
.
.

La tahzan :)

Kerana....
.
.

ALLAH cinta pada mu ;)