by Teacher Izzah of Tadika Cinta Bestari
Selesai mengajar pendidikan islam tadi,semua murid balik ke kelas.Topik hari ini adalah tentang rukun iman yang kelima,beriman kepada Hari Kiamat.Husna tak bergerak dari tempatnya.Saya melihat Husna.Wajahnya keruh,air matanya bergenang.Saya jadi kaget..
Teacher Izzah : Una kenapa?ada kawan buat ke?
Dia hanya menjawab dengan gelengan.
Teacher Izzah : Ada kawan marah Una? Kawan tinggalkan Una? ke Una marah teacher?
Saya cuba memujuk sambil memeluknya.Semua pertanyaan saya di jawab dengan gelengan kepala.Tiada suara yang keluar.Hanya air mata yang bergenang. Akhirnya Teacher Aisyah memujuknya untuk masuk ke kelas.
Tengah hari itu,selesai makan tengah hari,baru Husna datang kepada saya.
Husna : Teacher nak tau ke kenapa Una sedih tadi?
Teacher Izzah : ha'a,nape Una sedih tadi?
Husna : Una takut kalau nanti Una tak dapat masuk syurga..
Saya terdiam..terkedu..
Wajahnya keruh kerana takut tak dapat masuk syurga. Air matanya bergenang tadi kerana risau seandainya tak dapat masuk syurga..dalam usia 6 tahun..
Saya cuba mengimbas apa yang saya tahu tentang syurga ketika berusia 6 tahun. Saya cuba muhasabah sejauh mana saya pada saat ini benar-benar risau memikirkan "bagaimana nanti kalau saya tak dapat masuk syurga"...
Sungguh saya mendapat pelajaran yang besar hari ini..

No comments:
Post a Comment