Friday, 28 December 2012

Iqra'




Iqra'

Bekalan ataupun 'senjata' kita dalam menghadapi perbahasan, kritikan dan masalah umat yang pelbagai kelak adalah dengan banyak membaca dan mengkaji. Tidak dinafikan bahawa bertalaqi ataupun belajar berguru itu adalah utama, tetapi kita perlu faham bahawa tidak semua kitab/buku perlu berguru dan tidak semua pengajian berguru perlu kepada kitab tertentu. Ilmu yang perlu untuk berguru adalah dalam usul agama seperti Al-Quran, Hadis, Fiqh, Aqidah, Tasawuf dll, tetapi bahan bacaan selainnya seperti sejarah,fikrah, fatwa-fatwa ulama dll tidak wajib berguru. Lihatlah bagaimana Imam An-Nawawi dan Al-Hafiz Ibnul Jauzi r.a. yang terlalu banyak membaca dan menulis; sangat produktif, mereka berguru di siang hari dan menelaah di malam hari.

Kita juga tidak boleh terikat dengan talaqi berguru saja dan bila pulang kita melepak! Kita perlu ingat bahawa para ulama dahulu hebat dan produktif kerana mereka 'سعة الإطلاع وكثرة البحث' yakni, luas pembacaan dan banyaknya kajian. Setelah mereka pelajari suatu masalah, mereka cuba mengaplikasikannya, mengkaji dan menyelesaikan permasalahan.

Suatu yang menyedihkan apabila suatu masa kelak kita dalam pendapat yang benar, tetapi oleh kerana kurang bekalan, kita tewas tatkala dibahas oleh mereka yang berfahaman serong, ekstrem, dan sesat. Seolah-olah kita dalam golongan yang salah dan mereka kelihatan benar kerana hujjah mereka tampak lebih kuat. Ianya boleh menyebabkan fitnah kerana kita menjadi punca masyarakat berpaling dari kebenaran dek kelemahan kita.

Sebab itu kalau kita lihat Master di Al-Azhar dan mana-mana Universiti menitikberatkan pembacaan dan kajian yang sangat banyak. Ini kerana seorang pelajar dan ahli ilmu itu tidak semudahnya menjadi ilmuwan kecuali dengan banyak membaca dan mengkaji(disamping berguru)..

Walhasil, dalam membaca dan mengkaji ini, saya syorkan untuk kita belajar teknik membaca dengan pantas 'Speed Reading' agar lebih cepat untuk minda kita membina dan tercetak(boleh blajar kat utube :P). Mulalah untuk target habiskan bahan bacaan dalam tempoh tertentu seperti 100 muka sehari, 1 buku seminggu, 10 buku sebulan atau 100 buku setahun. Paling kurang, jangan biarkan hari kita dihabiskan tanpa membaca apa-apa.

Dr. Tariq Suweidan, ulama besar Kuwait dan pemikir Islam kontemporer berkata, dengan 'Speed Reading' beliau boleh telah menghabiskan lebih 200 kitab Sirah dalam keadaan yang sibuk, beliau juga pernah membaca lebih 700 muka surat satu malam dan kini beliau disiplin untuk menghabiskan puluhan buku sebulan walau sibuk mana pun beliau..

source : http://www.facebook.com/Azam.Q.Husni/posts/514637431904223?comment_id=5909352&ref=notif&notif_t=feed_comment_reply

pic by: http://browse.deviantart.com/?q=read&offset=336#/d56sngz

2 comments: