Macam mana study week? Moga berjalan sebaiknya seperti yg dirancang ^__^
Study week ni bukan untuk studi gila-gila semata-mata. Tp studi week ni spatutnya juga jadi minggu yg kita dekat dengan ALLAH gila-gila. Lebih dekat dari hari-hari lain, dari minggu-minggu lain. Kalau biasa-biasa, hubungan kita dengan ALLAH di-level 3, study week sepatutnya up-kan hubungan sampai level 5. Hehehe. Tp jgn after exam terus jatuh ke-level 1. Istiqamah teman!
Study week gak bukan bermaksud kita boleh lewat-lewatkan solat kita dengan alasan STUDY. Owh, tidak sama sekali!! Sibuk menghadap buku dan buat latihan tapi solatnya di hujung waktu. Mana boleh macam tu.. Ilmu itu ALLAH punya, mana mungkin kita mampu memilikinya sedangkan kita dustakan hak Pemiliknya. Mungkinkah?
Rancang usaha anda dalam minggu study ni. Jangan semberono sahaja. Ya! usaha juga perlu dirancang. Jika anda tidak merancang, anda tidak layak berkata begini : "Aku dah usaha separuh mati, kenapa tak dapat jugak?" Usaha yg separuh mati, tanpa perancangan tidak akn menberikan hasil segempak usaha kecil yang dirancang.
"Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang dibuat tanpa perancangan.", Saidina Ali
Quran juga jangan tinggal ye. Istiqamahkan bacaannya. Anda mungkin akan menghadapi situasi begini :" Eh, Quran tak baca lagi, tapi banyak lagi nak studi ni. Macam mana ni??" Pernahkah? Maka nasihat ana, tinggalkan kejap studi tu. Baca Quran dulu. Banyak mana pon anda studi, hafal itu ini, tp, saat anda nak menjawab soalan exam nanti, bukan banyak mana studi anda yang menentukan anda mampu menjawab, tapi ALLAH. Cukup ALLAH tiupkan rasa gementar dalam hati kita untuk menganggu emosi di dewan exam nanti. Simple things do matter.“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,” (Al-An’am;17) Takut tak? He3.
Tapi, tak bermakna sepanjang studi week ni, anda tak perlu studi. Solat dan berwirid 24 jam. Anda perlu studi!! Anda perlu beri yang terbaik dalam studi anda!! “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Ar-Ra'd:11). Itu sunnahtullah utk berjaya. Usaha, studi, solat, doa, tawakal. Bukankah Muslim itu tawasun dalam amalnya?
Jadi, bagaimana studi week anda?
No comments:
Post a Comment