Amanah |
Amanah
Manusia boleh menjadi semakin baik atau semakin buruk sama ada dengan amanah mahupun tanpa amanah
Amanah datang dalam pelbagai bentuk
Kepimpinan, jawatan, keluarga, kewangan dan lain-lain.
Jika hanyut dengan amanah,
Barangkali lemas dalam dilema konflik diri
Jika guna amanah untuk kepentingan diri,
Barangkali hak-hak di bawah amanah itu tidak dipenuhi
Jika amanah dilupakan,
Barangkali tidak dapat menjawab di depan Ilahi di akhirat kelak
Jika diri tanpa amanah yang ditugaskan,
Barangkali masa akan banyak terbuang begitu sahaja
Adapun, masih banyak lagi kebaikan dengan amanah
Dengan amanah,
Barangkali masa yang ada lebih sedikit berbanding tanggungjawab yang ada
Dengan amanah,
Barangkali itu titik tolak perubahan ke arah kebaikan
Dengan amanah,
Barangkali pelbagai pengalaman hidup dapat ditimba
Dengan amanah,
Barangkali peluang meluaskan pengetahuan bertambah
Dengan amanah,
Barangkali pengawasan ibadah harian kita semakin kemas
Dengan amanah,
Barangkali itulah jalan semakin dekat dengan Allah
Banyak lagi manfaat berbanding mudarat
Terserah kepada diri kita menentukannya
Adapun Islam tidak mengajar kita meminta amanah
Namun apabila diberikan tanpa dipinta
InshaAllah, Allah membantu kita
dan menjadi kewajipan kepada untuk kita melaksanakannya
Wallahu'alam
kredit: Saudara Mohd Farid B. Mohd Na'aim
gambar: http://ffffound.com/image/bf790eb491540e4119c968a2ede2c41ba02ccfb4?c=3853686