oleh : Nur Adawiyah
Aku cinta Dia. Dan aku jugak sedar, Dia mencintaiku.
“Eleh, perasan. Mana hg tau Dia cinta kat hg?”
“Tak, betul. Aku ada bukti la. Kenapa? Tak percaya? Okay, tak pa, we look and see…”
Dan aku jugak tau, ramai yg mencintai Dia. Mana boleh tak jatuh cinta dgn Dia. Dia yg Terhebat. Fuhh.., mmg tak dak sapa boleh lawan Dia. Dia yg Maha Kaya. Segala-galanya Dia ada. Cuba cakap apa yg Dia tak dak. Semua Dia ada.
“Yg hg mengagungkan Dia sgt tu kenapa? Aku tau la hg deeply in love dgn Dia tp tak yah la nak over sgt.”
“Aku tak over la. Tolong sikit. Dah Dia yg aku cinta, of course Dia yg aku agungkan. Tak kan aku nak agungkan yg len pulak. Hg tak yah nak jealous sgt la. Aku bagi je hg nak share cinta aku dgn Dia. My pleasure tau…”
“Ni, aku nak tanya. Mana bukti Dia cinta kat hg?”
“Soalan hg ni buat aku sedih tau. Dia selalu bagi apa yg aku nak. Aku nak kejayaan, aku nak duit, nak makan, nak kasih sayang.., semua Dia bagi. Tu bukan bukti Dia cinta kat aku? Selalu jugak Dia bagi lebih dari apa yg aku nak. Walaupun kadang-kadang Dia tak bagi apa yg aku nak, actually Dia bagi apa yg aku perlu. Mula-mula mmg aku tak nampak, tapi lepas aku fikir-fikir guna akal yg Dia dah bagi kat aku, mmg byk benda yg aku perlu Dia bagi kat aku. Yg paling hebat tu, aku tak sedar pun macam aku perlu benda tu, tapi Dia lebih kenal aku, lebih tau aku perlukan apa.. Lebih dari aku tau diri aku. He always loves me…
Dia menyayangi aku lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya. Betul aku cakap. Dia sayang aku lebih daripada mak aku sayang kat aku. Hg nak tau tak, kalau aku datang kpd Dia sejengkal, Dia akan datang kpd aku sehasta. Kalau aku datang kpd dia sehasta, Dia akan datang kpd aku sedepa. Lebih-lebih lagi kalau aku datang dekat dgn Dia berjalan, Dia akan datang dekat dgn aku berlari…”
Kalau Dia tak bagi apa yg aku nak, atau Dia bagi sesuatu kesusahan pada aku, sebab Dia nak aku kuat. He wants to teach me something. He doesn’t give something I cannot beer. He knows that I can handle it. Aku akan ingat pada ayat-ayat dalam ‘surat cinta’ daripada Dia.
‘Sungguh, Kami akan menguji kamu dgn ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa dan hasil tanaman. Berilah khabar gembira kpd orang-orang yg SABAR.’(2:155).
‘Wahai sekalian orang yang beriman, mintalah pertolongan dgn Sabar dan dgn Solat. Sesungguhnya Aku bersama orang-orang yg SABAR.’(2:153).
‘Jadikanlah Sabar dan Solat sbg penolong mu. Dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk, iaitu orang-orang yg meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kpd-Nya.’(2:45-46).
Weh, kalau aku tanpa Dia, aku tak bleh hidup. Aku lemah. Tak ada daya aku melainkan dgn Dia. Apa yg aku ada sekarang ni pun, semua Dia punya. Tak dak yg aku punya. Diri aku sendiri ni Dia punya. Family aku, duit, ilmu, mahupun kecantikan yg aku ada, semua tu Dia punya. Kalau nak senaraikan semua benda, memang tak dak yg aku punya. Hg jgn nak kata aku silap atau aku tertinggal apa-apa. Memang semua Dia punya. Cuma aku ni je kot yg tak selalu bagi apa yg Dia minta dan harapkan daripada aku…”
“Kenapa pulak hg macam tu? Tak kenang budi langsung la…”
“Isk..isk..aku tau. Aku sedih weh hg cakap aku macam tu. Kadang-kadang aku lupa dan alpa berserta lalai. Memang sifat aku ni manusia macam tu. Tapi, aku akan sedar bila Dia mengetuk pintu hati aku lagi. Bila Dia hantarkan manusia-manusia lain untuk ingatkan aku tentang Dia. Ada satu ayat-ayat cinta dalam ‘surat cinta’ daripada Dia yg aku suka. ‘Peringatan itu baik untuk orang-orang yg beriman’…”
“Hg ni orang yg beriman ka?”
bersambung...
4/9/13
gambar: http://www.deviantart.com/art/ayat-ayat-cinta-171993466
cayalah
ReplyDelete