Wednesday, 10 October 2012

Siapa Kita??


Siapa Kita??


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Harini menghadirkan diri ke majlis persmian sebuah program bersempena dengan 'convocation' di Universiti ana. Selepas ucapan perasmian, kugiran universiti buat persembahan. 2 buah lagu. Dan sangatlah menyedihkan melihat persembahan tadi :(

Lagu pertama dinyanyikan oleh 2 orang pelajar puteri. Persembahannya seperti tidak sesuai dengan dengan identitinya sebagai seorang pelajar, dan paling penting sebagai seorang muslim. Melihat persembahan tadi buatkan saya terfikir;

"Adakah kita lupa siapa kita?"
Kita lupa kita Muslim. Kita lupa bahawa Muslim itu apabila dia dijemput menghadap Tuhan nya, dia akan dipersoalkan tentang masanya di dunia. Masa remajanya. Kita lupa, Muslim itu berbeza. Dia punya amanah.

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )
Kita golongan intelektual. Bukan golongan intelektual biasa-biasa, tapi intelektual luar biasa. Kerana kita Muslim. Pelihara diri kita, iman kita, jati diri kita, identiti kita.

 Mungkin ada yang perpendapat pandangan saya kolot. Tak mengapa. Saya tidak malu menjadi kolot. Jika mengembalikan Quran dalam jiwa remaja itu dikatakan kolot, maka ya, saya kolot.

Kitalah benteng utama agama kita. Benteng paling depan sekali. Jangan 'patahkan pedang' kita.







No comments:

Post a Comment