Monday 19 November 2012

Syahidnya Al-Faruq







Saidina Umar sedang mengimamkan solat subuh ketika beliau  ditikam Abu Lu'luah al-Majusi sebanyak tiga kali. Beliau yang belum sempat membacakan al-Fatihah ketika mengimamkan solat, rebah dan sempat menarik Abd al-Rahman bin Auf r.a. menggantikan dirinya sebagai imam. Umar tidak sedarkan diri. Abu Lu'luah kemudiannya menikam lagi 13 orang. 7 daripadanya syahid. Ibn Auf mengimamkan solat dengan ringkas sementara  Umar terbaring kesakitan di tepi mimbar. 

Abdul Rahman bin Auf juga sempat melontar jubah tebalnya untuk memerangkap Abu Lu'luah . Abu Lu'luah yang  terperangkap di dalam jubah itu, bertindak membunuh dirinya sendiri.

Umar yang pitam dikejutkan sahabat agar bangun mengerjakan solat kerana mentari hampir terbit. Umar yang cedera parah terpinga-pinga bangun, lalu berkata :" Tiada kejayaan bagi yang tidak bersolat"

Beliau diwudhu'kan oleh para sahabat. 

Umar bersolat dalam kecederaan parah dan selepas solat, beliau meminta Ibn Abbas r.a. meninjau sekali lagi siapakah yang sebenarnya menikam bunuh beliau. Ibn Abbas mendapatkan kepastian orang ramai bahawa yang menikam adalah Abu Lu'luah al-Majusi. Ternyata apa yg dikhabarkan Rasulullah padanya adalah benar. Orang yang membunuhnya adalah seorang kafir. Kata Umar :

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan pembunuhku bukan seorang Muslim, bukan hamba Allah yang pernah bersujud kepada-Nya"



source:
  1. http://www.facebook.com/ustazhasrizal/posts/440492205998310?comment_id=4831254&notif_t=feed_comment_reply
  2.  memetik riwayat-riwayat sahih yang disaring oleh Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi dan dikumpulkannya di dalam buku Al-Khulafa al-Rashidoon Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhaad. Sheikh Solah memetiknya daripada al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir.
  3. http://browse.deviantart.com/?q=bloody+blade&offset=48#/da5k10


No comments:

Post a Comment