Thursday, 8 November 2012

Dia Nabi Ku (2)







 Perlahan-lahan dia menyandarkan batang tubuhnya ke pohon anggur itu. Hatinya benar-benar terluka. Zaid bin Haritha di sebelahnya hanya diam membatu. Dia memejamkan matanya. Sungguh, amat perit ujian yang menimpanya kali ini. Langit dan bumi menjadi saksi bagaimana lelaki mulia ini disakiti dan dikhianati. Kedua sepatunya dipenuhi darah. Kepala Zaid pula di penuhi luka. Sakit. Fikiranya melayang mengenangkan apa yang baru mereka hadapi sebentar tadi.

   Thaif. Kota yang di huni kaum bani Thaqif. Dia ke kota itu bersama Zaid dengan membawa seribu harapan. Dia tidak sanggup lagi melihat orang-orang Islam di Mekah diinjak-injak. Dia tidak mahu lagi melihat mereka menderita kelaparan. Dia perlu untuk meyaknkan bani Thaqif untuk menerima dakwahnya.

   Sesampainya di Thaif, dia terus bertemu dengan pemimpin bani Thaqif. Dia mahu mereka tahu hasratnya. Tetapi, kedatangan dia bertemu pemimpin-pemimpin itu di sambut dengan penghinaan dan pengkhianatan. Pedih hatinya mendengar semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

   Penduduk Thaif sedang berkumpul di sepanjang jalan dalam dua barisan. Masing-masing memandangnya dan Zaid deng penuh kebencian. Ditangan mereka tergenggam beberapa ketul batu. Saat dia mula melangkah kaki, dia dan Zaid dihujani dengan batu-batu yang dilempar oleh penduduk-penduduk yangberbaris tadi. Bersungguh-sungguh Zaid cuba melindungi dirinya. Sedih dia melihat luka-luka di kepala hambanya itu. Tapai Zaid tetap tegar menjadikan tubuhnya sebagai pendinding. Batu-batu itu tetap mengenai dia. Dia dapat rasakan cairan panas mengalir dari kakinya. Tetapi kesakitan itu tidak dapat dibandingkan dengan sakitnya perasaan dia ketika itu. Pada siapa mampu dia mengadu?

   Dia dan Zaid sudahpun keluar dari kota Thaif, tetapi mereka masih dihujani dengan batu dan kata-kata kesat oleh kanak-kanak nakal yang mengekori mereka. Kerana kesakitan yang amat sangat, dia berhenti sebentar di kebun anggur itu. Melepaskan penatnya. Mengumpul kekuatan.

    Dia membuka kembali matanya. Melihat keadaan Zaid, hatinya semakin sayu. Perlahan-lahan tanganya diangkat ke langit. Air matanya menglir deras.

“Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku,
kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang maha pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atasku maka tidak akan kupedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku. Aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfa’at dunia dan akhirat (aku berselindung denganNya) dan kemarahanNya ke atasku dan kemurkaanMu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”

   ALLAH menghantar malaikat Jibril bertemu dengannya. Bersamanya dikirimkan malaikat-malaikat khas untuk menjalankan apa sahaja perintahnya untuk membalas kembali kejahatan yang di lakukan oleh penduduk Thaif pada dia dan Zaid.

"Wahai Rasulullah! Kami bersiap sedia untuk menjalankan perintah tuan. Kalau dikehendaki kami sanggup menyebabkan gunung ganang di sebelah ini berlanggaran sehingga penduduk di sekitarnya mati tertindih. Kalau tidak tuan cadangkan sahaja apa hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini".

"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, aku harap dengan kehendak Allah suatu hari nanti anak-anak mereka akan menyembah Allah dan berbakti kepada Nya.", hanya itu jawapan yang keluar dari mulutnya. Benar, dia memang terluka dengan tindakan mereka. Dia juga sakit dengan layanan mereka. Tapi kecintaanya pada mereka mengatasi rasa sakit dan peritnya. Dia cinta umatnya. Dia Rasulullah

source: http://sulong-bicaraagama.blogspot.com/2010/06/tauladan-nabi-terhadap-kaum-taif.html
              http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/09/doa-rasulullah-saw-di-taif.html
              http://mumtazah.net/blog/?p=2003
picture by : http://browse.deviantart.com/?q=hurt&offset=240#/d10ctj6

No comments:

Post a Comment