Tuesday, 30 April 2013

Nasihat Di Ambang Pilihanraya


Oleh: Archer
Pesan Habib Umar bin Hafiz kepada Habib Munzir:-



"Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya umum di wilayah kamu, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah-belah dan gundah, biarkan muslimin berpihak pada pilihanraya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam posisi yang menghargai semua kelompok.

Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Baginda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan : teguhlah walau berbeza pendapat.

Tenanglah dalam keputusan Allah Subhanahu wa Ta'ala, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummat. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu."

Gambar: http://doeldesigngrafis.blogspot.com/p/guru-mulia.html

Thursday, 4 April 2013

Kalau benar cinta, cinta biar ke syurga ~ SINERGI


oleh Archer


Sedikit sedutan dari sebuah warkah membina iman; Sinergi oleh Saudara Hilal Asyraf untuk anda yang mahu 'belajar bercinta'. ^__^
***
"Aku bukan termenung panjang sebab mahu beritahu siapa yang aku suka. Aku termenung panjang sebab aku fikir, betulkah aku ni bercinta. Cinta ni macam mana?ada orang kata haram, ada orang kata tak boleh. Semua org yang baik-baik kalau cerita fasal cinta , semua cerita cinta selepas kahwin. Lebih halal lebih bagus. Tapi kalau dah jatuh cinta sebelum kahwin, nak buat mcm mana?" Asid mengomel dengan soalan dan keserabutan dirinya.

"Ya, kalau dah terjatuh cinta, macam mana? Cinta, kadang2 bukan boleh kita rancang. kalau dah jatuh cinta jatuhlah juga..betul x?" Saifuddin memandang Shah.
Kau Irfan kau cerita la sikit. Kira kuliah subuh lah " Shah bersemangat.
" Bnyak kau punya kuliah subuh! Irfan tertawa mendengar perkataan kuliah subuh tu.
"Ceritalah Irfan. Aku risau bukan apa. Kalau ini salah aku kena rengkuh buang sepenuhnya. Aku tak mahu perkara macam ni mengganggu hidup seharian aku. Mengganggu ibadah aku , mengganggu study aku." Asid meminta ihsan.

"Hmmm..mukadimahnya, cinta itu mestilah diiringi pengorbanan. tanpa pengorbanan, itu bukan cinta yang sebenarnya"

Semua diam. Teruja mahu mendengar. Kemudian Irfan diam memerhati ketiga-tiga sahabatnya.
" Kita sambung pada rancangan seterusnya", Irfan bangun, mengutip semua pinggan dan cawan yang telah digunakan,

" Hah? Itu sahaja?asid separuh menjerit

"Hahahah ada lagi. Tapi hari sudah terang di luar sana Encik Asid. Aku mahu pergi universiti awal hari ni...."

*******

"Irfan beritahulah...", Asid menepuk belakang Irfan.".. fasal cinta"
"Kau jatuh cinta pada siapa sebenarnya?" Irfan bertanya
"Soalan itu dilarang , wahai ustaz Irfan" Asid menggerakkan jari telunjuknya. Irfan ketawa kecil.

"Kau bercinta juga, bukan? Asid pula bertanyakn soalan.

Irfan mengangguk "Kau sudah tahu. Bukan?
Asid pula mengangguk..dia dan Irfan pernah berkongsi hal yang sama pada tahun lepas. Irfan pada ketika itu menyatakan bahawa dia mencintai seseorang. Namun, dia tidak melihat Irfan mempunyai masalah sepertinya. Irfan tak pernah termenung panjang. Dia tak tahu sama ada Irfan terbayang-bayang atau teringt-ingat kepada perempuan yang dicintainya. Tetapi dia yakin Irfan selamat mengharungi alam percintaan ini.

"Sekarang bulan berapa?" Irfan bertanya.
"Bulan sebelas" Asid menjawab."Apa kena mengena soalan aku dgn bulan?"
"Aku mahu beritahu, aku mahu bertunang bulan satu nanti."
" What?" Asid terkejut besar
"Jahat! Lambat betul kau beritahu! Bila kau masuk melamar ? Aku x nampak kau terhegeh hegeh pun?"
"Siapa kata cinta kena terhegeh hegeh?"
"Jadi kau bercinta sebelum kahwin?"
Irfan mengangguk..
"But no date, no chit chat, no facebooking, no call, no sms , nothing but letters from my future in laws", Irfan meleret senyum.
Mata Asid terbuka luas. Ya ALLAH! Hebatnya sahabat aku ini.
"Habis mcm mana kau dekati dia?"
"Susah mahu cakap. Tapi kau percaya  ALLAH itu membolak balikkan hati?"
Asid mengangguk. Ya, dia beriman dengan yang itu.
"Maka ALLAH-lah yang mendekatkan dia kepada aku, bukan aku yang mendekati dia".
Sekali lagi Asid rasa terpukul. Ini satu keimanan keyakinan dan kepercayaan kepada kekuasaan Allah.

" Aku dekati keluarga dia. Itu cara aku. Sekurang kurangnya kalau aku tak dapat dia aku ada hubungan dengan keluarganya. Di situ dakwah berjalan juga. Tapi izin ALLAH, dia juga rupanya ada hati pada aku. Jadi mudahlah kerja. Aku pun rasa syukur sangat!

Asid diam.

"Berapa ramai Asid, dalam dunia ni, yang bercinta atas dasar keimanannya kepada ALLAH?", Irfan menyoal.
Asid masih diam. Di dalam hati dia menjawab 'sikit'.
"Jadi tak boleh bercintalah? Aku tak faham. Kau kata kau bercinta. Habis mcm mana?
"Ada aku kata tak boleh bercinta?"
Bilik itu senyap sebentar. Benar juga, Irfan tak kata tak boleh.

"Cinta... Siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? Kalau dah jatuh, jatuhlah juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar cerita. Begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta itu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Tetapi...."

" Tetapi?" Asid mengangkat kening.
" Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kitalah yang mengawal cinta."

Mata Asid membesar...

"Sebab itu aku kata cinta itu perlu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah,harta atau masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa, harta, diri kita untuk tarbiah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai Allah. Maka bagaimana Asid agaknya kalau kita bina keluarga kita dalam keadaan tidak bersedia, keimanan rapuh, kefahaman islam x jelas? Kita tidak akan mampu mentarbiyah anak anak kita! Anak anak dengan isteri sekali, Encik Asid. Dengan isteri sekali"

" Isteri? Kita kenalah cari isteri yang solehah", Asid kehairanan.

"Betul, tetapi adakah isteri kita sesolehah Khadijah isteri Rasulullah SAW? Sehebat Aisyah RH? Setaat Fatimah FH? Setabah Asiah , isteri Firaun?"

" Semestinya tidak", jawab Asid.
" Maka adalah penting untuk kita mempersiapkan diri. Bina kefahaman Islam. Bina ketahanan. Bina rasional. Bina kekuatan. Bina disiplin. Bina hati. Semuanya untuk mentarbiyah keluarga kita nanti. Bukan masa mahu kahwin ja kita perlu Islamik. Kita mahu seluruh kehidupan selepas berkeluarga nanti juga Islamik. Berada dalam lingkungan keredhaan ALLAH SWT.

Asid terangguk angguk.

"Dan harus dingatkan jatuh cinta ini aneh. Kadang kadang kita jatuh cinta pada perempuan yang tak solehah. Ada yang tabah, boleh mencabut rasa cintanya. Ada yang tak mampu. Macam mana kalau kita tergolong dalam kalangan yang tak mampu itu? Bukankah sama ada kita mahu atau tidak, kita perlu persiapkan diri untuk mentarbiyah isteri kita, yang nantinya akan menjadi guru pertama kepada anak anak kita?

" MasyaALLAH! Asid beristighfar dalam hati.. pandangan Irfan luas sekali.

"Jadi mcm mana dengan aku sekarang?"asid bertanya.
"Kau sekarang sahabatku asid yang kucintai sepenuh hati.. insyALLAH kau berada atas kebenaran. Jangan sisihkan rasa cinta itu. Lawal cinta itu. Kau kata kau runsing sebab kau risau, cinta itu akan membuat kau terkeluar dari redha ALLAH. Itu tandanya kau mempunyai sensitiviti yang tingi. Cinta tidak salah Asid. Siapa mengharamkan cinta, dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah manusia. Islam mengajar manusia mengawalnya."

Asid terpana. MasyALLAH! Indahnya Islam dan hikmahnya kata-kata Irfan.

"Kawal rasa cinta itu Asid. Kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. Maka apa persediaan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?"

Irfan menumbuk lembut dada Asid. Asid berasa semacam ada sesuatu yang hangat meresap ke dalam lubuk hatinya. Soalan Irfan itu seakan akan berulang ulang di dalam jiwa.

Apa yang telah aku lakukan untuk membawa keluargaku ke syurga nanti?


  ****
Nak tahu lebih lanjut? Heeee kena beli la bukunya. InsyaALLAH banyak ibrah boleh dapat dari penulisan beliau. Moga peroleh manfaat dari entri kali ini. 

Rujukan : Sinergi oleh Hilal Asyraf
Gambar : LangitIlahi.Com
Kredit : Auni Azrawati Hassan

Monday, 1 April 2013

Fatwa


Oleh : Akh Azam Husni


Ramai yang tidak tahu, sebelum mengeluarkan hukum atau menaqal hukum dan fatwa ulama2 dahulu atau kitab2 turath serta fiqh ahkam, kita perlu tahu FIQH WAQI'(semasa)dulu. Kita perlu peka dengan perubahan keadaan, zaman, budaya, tempat dll kerana hukum berubah mengikut situasi dan keadaan.

Barangkali fatwa-fatwa ulama dan kitab turath dahulu bersesuaian dengan situasi dan keperluan zaman mereka sahaja.. Kita tidak boleh samakan atau umumkan semua fatwa2 mereka terhadap seluruh situasi dan zaman.. Sebab itu kita perlu ada Mufti.. Muftilah yg berperanan untuk mengeluarkan hukum yg bersesuaian dgn waqi'. Fatwa mufti tersebut barangkali keluar dari mazhab kita dan barangkali juga keluar dari al muktamad dan jumhur, namun itu yang sesuai dan mempunyai maslahah serta menghalang mafsadah/keburukan masyarakat setempat, dan fatwa mufti tersebut tidak boleh diumumkan kepada semua tempat juga..

Jika kita sorot kembali bagaimana sejak zaman Rasulullah SAW lagi, fatwa-fatwa Baginda ada sebahagian yang berubah. Ketika di Makkah, Islam masih belum kuat, banyak larangan Nabi SAW di Makkah. Tetapi setelah berhijrah ke Madinah dan Islam makin kuat, keadaan sudah berubah, larangan sebelumnya di Makkah dimansuhkan bahkan diharuskan dan ada yg disunatkan.. Begitu juga fatwa para sahabat dan para imam 4 Mazhab.. lihatlah bagaimana Imam as-Syafiie ketika di Iraq, beliau mengasaskan mazhab Qadim(lama), namum setelah ke Mesir, keadaan berbeza, maka beliau ubah fatwanya hingga muncullah mazhab jadid(baru)..

Saya melihat ramai para ahli ilmu yang sewenangnya menaqal fatwa lama dan mewajibkan untuk semua orang beramal dengannya.. bertaraf muftikah mereka? Contohnya dalam isu niqab, sesetengah mewajibkan dan mengatakan itu yang rajih dan muktamad di sisi mazhab Syafiie, sedangkan keadaan wanita di zaman dahulu yg majoritinya duduk di rumah berbeza dgn zaman skrg yg majoritinya berkerjaya! Memang ada keadaan yg mewajibkan berpurdah cnthnya ketika menimbulkan fitnah dan mafsadah, tapi blh juga jadi makruh atau haram bergantung keadaan, dan ramai juga yang mengharuskannya.

 Begitu juga soal rokok, ada yang mengharuskan rokok secara mutlaq dgn menaqalkan fatwa2 lama syafiiyah.. Barangkali fatwa lama tersebut bersesuaian dgn situasi zaman tersebut yg masih tidak dpt menemui secara pasti dharar atau mudharat2 rokok, sebahagian memakruhkan kerana bau yg busuk dll, sedangkan di zaman ini, sains dan teknlogi makin maju dan para ahli perubatan telah menemukan mudharat2 rokok dan melaporkan bahawa rokok bahaya untuk kesihatan dan blh memendekkan jangka hayat! Maka telah sepakatlah bahawa rokok haram! Walaupun ada yg mengatakan, makruh merokok bg perokok berat yg susah utk meninggalkan rokok.. namun, banyak pertikaian fuqaha ttgnya dan dalam berfatwa dan mengeluarkan hukum di zaman ini, tiada sebab lg untuk mengharuskan rokok.. dan sekiranya ulama2 dahulu yg mengeluarkan fatwa rokok harus itu hidup di zaman ini, nescaya mereka juga akan mengharamkannya!

Ya! Fiqh Waqi'!! Wallahu ta'ala a'lam