Monday, 1 April 2013

Fatwa


Oleh : Akh Azam Husni


Ramai yang tidak tahu, sebelum mengeluarkan hukum atau menaqal hukum dan fatwa ulama2 dahulu atau kitab2 turath serta fiqh ahkam, kita perlu tahu FIQH WAQI'(semasa)dulu. Kita perlu peka dengan perubahan keadaan, zaman, budaya, tempat dll kerana hukum berubah mengikut situasi dan keadaan.

Barangkali fatwa-fatwa ulama dan kitab turath dahulu bersesuaian dengan situasi dan keperluan zaman mereka sahaja.. Kita tidak boleh samakan atau umumkan semua fatwa2 mereka terhadap seluruh situasi dan zaman.. Sebab itu kita perlu ada Mufti.. Muftilah yg berperanan untuk mengeluarkan hukum yg bersesuaian dgn waqi'. Fatwa mufti tersebut barangkali keluar dari mazhab kita dan barangkali juga keluar dari al muktamad dan jumhur, namun itu yang sesuai dan mempunyai maslahah serta menghalang mafsadah/keburukan masyarakat setempat, dan fatwa mufti tersebut tidak boleh diumumkan kepada semua tempat juga..

Jika kita sorot kembali bagaimana sejak zaman Rasulullah SAW lagi, fatwa-fatwa Baginda ada sebahagian yang berubah. Ketika di Makkah, Islam masih belum kuat, banyak larangan Nabi SAW di Makkah. Tetapi setelah berhijrah ke Madinah dan Islam makin kuat, keadaan sudah berubah, larangan sebelumnya di Makkah dimansuhkan bahkan diharuskan dan ada yg disunatkan.. Begitu juga fatwa para sahabat dan para imam 4 Mazhab.. lihatlah bagaimana Imam as-Syafiie ketika di Iraq, beliau mengasaskan mazhab Qadim(lama), namum setelah ke Mesir, keadaan berbeza, maka beliau ubah fatwanya hingga muncullah mazhab jadid(baru)..

Saya melihat ramai para ahli ilmu yang sewenangnya menaqal fatwa lama dan mewajibkan untuk semua orang beramal dengannya.. bertaraf muftikah mereka? Contohnya dalam isu niqab, sesetengah mewajibkan dan mengatakan itu yang rajih dan muktamad di sisi mazhab Syafiie, sedangkan keadaan wanita di zaman dahulu yg majoritinya duduk di rumah berbeza dgn zaman skrg yg majoritinya berkerjaya! Memang ada keadaan yg mewajibkan berpurdah cnthnya ketika menimbulkan fitnah dan mafsadah, tapi blh juga jadi makruh atau haram bergantung keadaan, dan ramai juga yang mengharuskannya.

 Begitu juga soal rokok, ada yang mengharuskan rokok secara mutlaq dgn menaqalkan fatwa2 lama syafiiyah.. Barangkali fatwa lama tersebut bersesuaian dgn situasi zaman tersebut yg masih tidak dpt menemui secara pasti dharar atau mudharat2 rokok, sebahagian memakruhkan kerana bau yg busuk dll, sedangkan di zaman ini, sains dan teknlogi makin maju dan para ahli perubatan telah menemukan mudharat2 rokok dan melaporkan bahawa rokok bahaya untuk kesihatan dan blh memendekkan jangka hayat! Maka telah sepakatlah bahawa rokok haram! Walaupun ada yg mengatakan, makruh merokok bg perokok berat yg susah utk meninggalkan rokok.. namun, banyak pertikaian fuqaha ttgnya dan dalam berfatwa dan mengeluarkan hukum di zaman ini, tiada sebab lg untuk mengharuskan rokok.. dan sekiranya ulama2 dahulu yg mengeluarkan fatwa rokok harus itu hidup di zaman ini, nescaya mereka juga akan mengharamkannya!

Ya! Fiqh Waqi'!! Wallahu ta'ala a'lam

No comments:

Post a Comment