Sedikit sedutan dari sebuah warkah membina iman; Sinergi oleh Saudara Hilal Asyraf untuk anda yang mahu 'belajar bercinta'. ^__^
***
"Aku bukan termenung panjang sebab mahu beritahu siapa yang aku suka. Aku termenung panjang sebab aku fikir, betulkah aku ni bercinta. Cinta ni macam mana?ada orang kata haram, ada orang kata tak boleh. Semua org yang baik-baik kalau cerita fasal cinta , semua cerita cinta selepas kahwin. Lebih halal lebih bagus. Tapi kalau dah jatuh cinta sebelum kahwin, nak buat mcm mana?" Asid mengomel dengan soalan dan keserabutan dirinya."Ya, kalau dah terjatuh cinta, macam mana? Cinta, kadang2 bukan boleh kita rancang. kalau dah jatuh cinta jatuhlah juga..betul x?" Saifuddin memandang Shah.
Kau Irfan kau cerita la sikit. Kira kuliah subuh lah " Shah bersemangat.
" Bnyak kau punya kuliah subuh! Irfan tertawa mendengar perkataan kuliah subuh tu.
"Ceritalah Irfan. Aku risau bukan apa. Kalau ini salah aku kena rengkuh buang sepenuhnya. Aku tak mahu perkara macam ni mengganggu hidup seharian aku. Mengganggu ibadah aku , mengganggu study aku." Asid meminta ihsan.
"Hmmm..mukadimahnya, cinta itu mestilah diiringi pengorbanan. tanpa pengorbanan, itu bukan cinta yang sebenarnya"
Semua diam. Teruja mahu mendengar. Kemudian Irfan diam memerhati ketiga-tiga sahabatnya.
" Kita sambung pada rancangan seterusnya", Irfan bangun, mengutip semua pinggan dan cawan yang telah digunakan,
" Hah? Itu sahaja?asid separuh menjerit
"Hahahah ada lagi. Tapi hari sudah terang di luar sana Encik Asid. Aku mahu pergi universiti awal hari ni...."
*******
"Irfan beritahulah...", Asid menepuk belakang Irfan.".. fasal cinta"
"Kau jatuh cinta pada siapa sebenarnya?" Irfan bertanya
"Soalan itu dilarang , wahai ustaz Irfan" Asid menggerakkan jari telunjuknya. Irfan ketawa kecil.
"Kau bercinta juga, bukan? Asid pula bertanyakn soalan.
Irfan mengangguk "Kau sudah tahu. Bukan?
Asid pula mengangguk..dia dan Irfan pernah berkongsi hal yang sama pada tahun lepas. Irfan pada ketika itu menyatakan bahawa dia mencintai seseorang. Namun, dia tidak melihat Irfan mempunyai masalah sepertinya. Irfan tak pernah termenung panjang. Dia tak tahu sama ada Irfan terbayang-bayang atau teringt-ingat kepada perempuan yang dicintainya. Tetapi dia yakin Irfan selamat mengharungi alam percintaan ini.
"Sekarang bulan berapa?" Irfan bertanya.
"Bulan sebelas" Asid menjawab."Apa kena mengena soalan aku dgn bulan?"
"Aku mahu beritahu, aku mahu bertunang bulan satu nanti."
" What?" Asid terkejut besar
"Jahat! Lambat betul kau beritahu! Bila kau masuk melamar ? Aku x nampak kau terhegeh hegeh pun?"
"Siapa kata cinta kena terhegeh hegeh?"
"Jadi kau bercinta sebelum kahwin?"
Irfan mengangguk..
"But no date, no chit chat, no facebooking, no call, no sms , nothing but letters from my future in laws", Irfan meleret senyum.
Mata Asid terbuka luas. Ya ALLAH! Hebatnya sahabat aku ini.
"Habis mcm mana kau dekati dia?"
"Susah mahu cakap. Tapi kau percaya ALLAH itu membolak balikkan hati?"
Asid mengangguk. Ya, dia beriman dengan yang itu.
"Maka ALLAH-lah yang mendekatkan dia kepada aku, bukan aku yang mendekati dia".
Sekali lagi Asid rasa terpukul. Ini satu keimanan keyakinan dan kepercayaan kepada kekuasaan Allah.
" Aku dekati keluarga dia. Itu cara aku. Sekurang kurangnya kalau aku tak dapat dia aku ada hubungan dengan keluarganya. Di situ dakwah berjalan juga. Tapi izin ALLAH, dia juga rupanya ada hati pada aku. Jadi mudahlah kerja. Aku pun rasa syukur sangat!
Asid diam.
"Berapa ramai Asid, dalam dunia ni, yang bercinta atas dasar keimanannya kepada ALLAH?", Irfan menyoal.
Asid masih diam. Di dalam hati dia menjawab 'sikit'.
"Jadi tak boleh bercintalah? Aku tak faham. Kau kata kau bercinta. Habis mcm mana?
"Ada aku kata tak boleh bercinta?"
Bilik itu senyap sebentar. Benar juga, Irfan tak kata tak boleh.
"Cinta... Siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? Kalau dah jatuh, jatuhlah juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar cerita. Begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta itu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Tetapi...."
" Tetapi?" Asid mengangkat kening.
" Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kitalah yang mengawal cinta."
Mata Asid membesar...
"Sebab itu aku kata cinta itu perlu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah,harta atau masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa, harta, diri kita untuk tarbiah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai Allah. Maka bagaimana Asid agaknya kalau kita bina keluarga kita dalam keadaan tidak bersedia, keimanan rapuh, kefahaman islam x jelas? Kita tidak akan mampu mentarbiyah anak anak kita! Anak anak dengan isteri sekali, Encik Asid. Dengan isteri sekali"
" Isteri? Kita kenalah cari isteri yang solehah", Asid kehairanan.
"Betul, tetapi adakah isteri kita sesolehah Khadijah isteri Rasulullah SAW? Sehebat Aisyah RH? Setaat Fatimah FH? Setabah Asiah , isteri Firaun?"
" Semestinya tidak", jawab Asid.
" Maka adalah penting untuk kita mempersiapkan diri. Bina kefahaman Islam. Bina ketahanan. Bina rasional. Bina kekuatan. Bina disiplin. Bina hati. Semuanya untuk mentarbiyah keluarga kita nanti. Bukan masa mahu kahwin ja kita perlu Islamik. Kita mahu seluruh kehidupan selepas berkeluarga nanti juga Islamik. Berada dalam lingkungan keredhaan ALLAH SWT.
Asid terangguk angguk.
"Dan harus dingatkan jatuh cinta ini aneh. Kadang kadang kita jatuh cinta pada perempuan yang tak solehah. Ada yang tabah, boleh mencabut rasa cintanya. Ada yang tak mampu. Macam mana kalau kita tergolong dalam kalangan yang tak mampu itu? Bukankah sama ada kita mahu atau tidak, kita perlu persiapkan diri untuk mentarbiyah isteri kita, yang nantinya akan menjadi guru pertama kepada anak anak kita?
" MasyaALLAH! Asid beristighfar dalam hati.. pandangan Irfan luas sekali.
"Jadi mcm mana dengan aku sekarang?"asid bertanya.
"Kau sekarang sahabatku asid yang kucintai sepenuh hati.. insyALLAH kau berada atas kebenaran. Jangan sisihkan rasa cinta itu. Lawal cinta itu. Kau kata kau runsing sebab kau risau, cinta itu akan membuat kau terkeluar dari redha ALLAH. Itu tandanya kau mempunyai sensitiviti yang tingi. Cinta tidak salah Asid. Siapa mengharamkan cinta, dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah manusia. Islam mengajar manusia mengawalnya."
Asid terpana. MasyALLAH! Indahnya Islam dan hikmahnya kata-kata Irfan.
"Kawal rasa cinta itu Asid. Kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. Maka apa persediaan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?"
Irfan menumbuk lembut dada Asid. Asid berasa semacam ada sesuatu yang hangat meresap ke dalam lubuk hatinya. Soalan Irfan itu seakan akan berulang ulang di dalam jiwa.
Apa yang telah aku lakukan untuk membawa keluargaku ke syurga nanti?
****
Nak tahu lebih lanjut? Heeee kena beli la bukunya. InsyaALLAH banyak ibrah boleh dapat dari penulisan beliau. Moga peroleh manfaat dari entri kali ini.
Rujukan : Sinergi oleh Hilal Asyraf
Gambar : LangitIlahi.Com
Kredit : Auni Azrawati Hassan
No comments:
Post a Comment