Monday, 28 April 2014

Kerana Sebuah Tarbiyah



بسم الله الرحمن الرحيم
Penaku Bertulis Lagi..
Setelah Sekian Lama Menyepi..
Harap sahabat2 semua dapat baca dan hayatinya
Bingkisan dari hati, kerana sebuaH 'TARBIYYAH'.
Apa gunanya Tarbiyyah ?
Apa baiknya jalan dakwah?
Apa mereka tak mampu melihat?
Kerana sebuah tarbiyyah,
aku merelakan segala sakit-sakit, baik di tubuh, jasad & hati.
Kerana sebuah tarbiyyah,
aku menanggung malu, amarah, sedih &
segala apa yg tak mungkin pernah aku rskan
seandainya aku tidak diatas jalan ini.
Kerana sebuah tarbiyyah,
duniaku bukanlah milikku lagi, hatiku bukanlah milikku lg.
Aku tukarkan segalanya, aku serahkan segalanya.
Untuk mereka, segala itu tiada ertinya lagi,
bukan untukku melainkan untuk mereka semua.
Kerana sebuah tarbiyyah,
aku tidak melihat lagi melainkan mereka.
Dan engkau bertanya, mengapa perlunya tarbiyyah itu?
Mengapa mesti dakwah yg kau pilih?
Mengapa harus segalanya kau korbankan demi semua itu?
Kerana sebuah tarbiyyah,
aku kini mampu berdiri sendiri meski seluruh dunia melawan,
meski setiap hati menolak,
akan ku ttp menggenggam bara api tarbiyyah itu,
kerana hidupku hanyalah untukNya, kerana matiku hanyalah untukNya.
Kerana sebuah tarbiyyah,
duniaku yg sempit kini bertukar menjadi seluas alam.
Luas, seluas langit biru yg terbentang!
Duniaku tidak lagi kontang tanpa jirusan air yg membasahi hati.
Menghidupkannya, kerana aku lah yg mahu menjadi seperti titis-titis hujan basah itu.
Kerana sebuah tarbiyyah,
hati-hati yg berkumpul untuk mendaulatkan syariatNya
suatu hari nanti pasti akan bertemu jua.
Jika tidak didunia, inshaAllah taman-taman syurga akan menjadi saksi.
Setiap titisan darah, peluh dan luka-luka itu
pasti akan terubat oleh sebuah tarbiyyah.
Kerana sebuah tarbiyyah telahpun dipilih pd saat itu,
dan takkan mampu untuk berpaling lagi.
Kerana fahamnya kita, dan yg paling mudah sekali kerana
cintanya kita padaNya dan kita merasa bahagia.
Cukuplah dgn itu.
Tetaplah dijalan ini walau apapun dugaannya..
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
"sesunguhnye dariMU kami datang dan kepadaMU jua kami kembali"

No comments:

Post a Comment