Tuesday, 18 October 2011

Masalah, solusi & usaha

Sering dalam melangkah menyusuri jalan kehidupan aku diintai ujian, dan mehnah. Dan sering juga aku mengambil solusi untuk lari. Lari dan lari. Dengan harapan, ujian, masalah dan mehnah itu akan pergi. Jauh dariku. Tapi sampai bila aku mahu terus berlari??

Lupakan aku, ujian dan masalah itu peneman setia kehidupan. Mungkin hari ni aku bisa lari dari mereka. Tapi esok? Lusa? Masa akan datang? Sampai bila?

Aku risau aku mungkin gagal andai aku berhadapan dengan masalah ku, ujianku. Aku takut menerima kenyataan yang aku tidak kuat. Takut menghadapi hakikat yang aku tidak tabah. Risau andai aku jatuh, tidak akan ada yang menyambutku....

Hingga satu saat, DIA menyapaku dengan teguran kasih-NYA. Saat mata menatap ke langit-NYA, saat titisan hujan menyentuh wajah. Saat itu dirasai rahmat-NYA menyentuh jiwa.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)






 Bukankah DIA ada? Mana pergi yakin ku pada-NYA? Hilang! Hilang dihimpit ujian! Innalillawainnailahirajiun. Lupakah aku pd janji-NYA untuk sentiasa bersamaku walau apa pun keadaan ku? untuk sentiasa menegur ku saat aku trsalah, dan untuk sentiasa menyambut ku saat aku trjatuh. Subhanallah


Aku mungkin gagal dlm ujian ku. Aku mungkin jatuh dalam meniti masalah ku. Aku jg mungkin salah dalam tekadku. Tp bkn kerana itu DIA mengujiku. DIA mngujiku kerana DIA CINTA. Mahu aku terus usaha dan usaha walau beribu kali aku trsungkur. Hanya mahu menilai sejauh mana aku masih mampu trsenyum, brsyukur dan bangun kembali untuk mneghadapi ujian seterusnya. Usaha itu nilaian-NYA....


KERANA DIA CINTA

No comments:

Post a Comment