Diri kita milik ALLAH, jd mengapa harus gelisah ketika segala yg ada diambil untuk digantikan dengan sesuatu yg lbh mulia? |
Pray and Play
Usaha itu di tangan manusia, tetapi hasilnya di tangan ALLAH. Semua orang berhak untuk berjaya. Usaha dan kejayaan saling bergantungan antara satu sama lain. ALLAH menegaskan bahawa manusia mempunyai kekuatan untuk mengubah nasibnya bukan mengubah takdirnya. Kaya atau miskin, mewah atau sederhana, cerdas atau bodoh bergantung pada usaha manusia sendiri. Hasil itu hak ALLAH andai usaha kita membuahkan hasil, maka itu adalah tanda belas kasih ALLAH buat kita bukan tanda hebatnya usaha kita.
Bersyukur
Mulakan hari anda dengan bersyukur. Orang yg bersyukur, hidupnya sentiasa dirasakan bahagia dan tenteram. Mereka tidak bimbang maupun gelisah kerana kurangnya rezeki. Mereka akan tetap istiqamah untuk terus berdoa dan berusaha.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)
Bersabarlah
Orang yg sabar adalah orang yg berlapang dada dan tetap bersemangat dalam menghadapi musibah. Saat ditimpa musibah, kita disuruh bersabar. Mengapa? kerana sabar itu sebagai ukuran daya tahan diri kita. Ukuran teguhnya pendirian kita.
“Dan Kami akan beri cobaan kepada kalian berupa rasa takut dan lapar dan susutnya harta kekayaan, jiwa dan buah-buahan, dan hiburlah orang-orang yang sabar. Yaitu apabila mereka ditimpa musibat akan mengucapkan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami kembali”. Mereka itulah yang mendapat karunia dan rahmat dari RabbNya, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk" Al-Baqarah 155-157Dalam ayat tersebut Allah menunjukkan agar hamba-hambaNya teguh pendirian ketika ditimpa musibah. Makin teguh pendirian kita, makin sabarlah kita. Makin sabarnya kita, makin berjayalah kita dalam meningkatkan iman kita, dan makin brjayalah kita untuk peroleh petunjuk.
Percaya Diri
Orang yg percayadiri tidak akan membezakan antara usahanya dan doanya kerana mereka faham diri mereka. Mereka faham bahawa keseluruhan kehidupan mereka berada di tangan ALLAH. Mereka faham mereka tidak mampu berdiri sendiri. Mereka faham doa juga satu usaha. Mereka ini orang yang memahami Tuhanya.
Tawakal dan Berserah Diri
Tawakal adalah berserah diri setelah berusaha dengan segala potensi yg ada dalam diri. Manakala serah diri adalah rela atau pasrah tanpa syarat atas keputusan dan ketetapan ALLAH terhadap usaha yang dilakukan. Berserah diri akan menyelamatkan kita dari 'kejamnya' penderitaan dan 'jahatnya' kegagalan
" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus." Surah Hud 56
Hakikat Sukses yg sebenar adalah bila kita berjaya utk mencapai target kita dengan cara yg dicintai ALLAH. Ayuh! kita kejar redha-NYA!!
(Sumber: Quantum Istiqamah oleh Suyadi, S.Pd.I)
No comments:
Post a Comment