Thursday, 22 March 2012

Bersifat Malu

.:Malu itu fitrah wanita, akhlak lelaki:.

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”
   Malu itu sebahagian drpd iman. Muslim yg tidak malu imannya cacat. Malu itu perhiasan sejati muslim. Dan malu juga sifat para nabi dan rasul..

   Hari ni kita boleh lihat bagaimana malu itu hilang dr diri individu2 yg bergelar muslim. Muslimah terutamanya. Rasa malu untuk mempamerkan diri hilang, rasa malu untuk mengingkari ALLAH hilang. Kerana itu kita dapat lihat maksiat dekat mana2.

   Malu itu bukan satu sekatan bagi yang bergelar Muslimah tp satu kawalan. Kawalan pada tingkah laku kita. Kawalan pada ucapan kita Kawalan pada pergaulan kita. Mana mungkin seorang muslimah yg punya rasa malu akan berpakaian yang mencolok mata. Mana mungkin juga muslimah yg punya rasa malu bertepuk tampar dengan lelaki2 yg tidak halal buatnya.


   Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan masyarakat yang bermaruah. Malu adalah perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

   Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)


   Rasulullah juga malu orangnya.Seperti yg diriwayatkan dalam sebuah hadis sahaih:

 “Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya.” (Hr Ahmad -sahih).

  Tidakkah kita ingin mencontohi baginda? Jadi ayuh! Kita bina perisai malu kita! =)

(Rujukan : 30 Wasiat Imam Muslim oleh Abu Ahmad Yaasin, Laman Web YADIM)

No comments:

Post a Comment