Friday, 28 December 2012

Iqra'




Iqra'

Bekalan ataupun 'senjata' kita dalam menghadapi perbahasan, kritikan dan masalah umat yang pelbagai kelak adalah dengan banyak membaca dan mengkaji. Tidak dinafikan bahawa bertalaqi ataupun belajar berguru itu adalah utama, tetapi kita perlu faham bahawa tidak semua kitab/buku perlu berguru dan tidak semua pengajian berguru perlu kepada kitab tertentu. Ilmu yang perlu untuk berguru adalah dalam usul agama seperti Al-Quran, Hadis, Fiqh, Aqidah, Tasawuf dll, tetapi bahan bacaan selainnya seperti sejarah,fikrah, fatwa-fatwa ulama dll tidak wajib berguru. Lihatlah bagaimana Imam An-Nawawi dan Al-Hafiz Ibnul Jauzi r.a. yang terlalu banyak membaca dan menulis; sangat produktif, mereka berguru di siang hari dan menelaah di malam hari.

Kita juga tidak boleh terikat dengan talaqi berguru saja dan bila pulang kita melepak! Kita perlu ingat bahawa para ulama dahulu hebat dan produktif kerana mereka 'سعة الإطلاع وكثرة البحث' yakni, luas pembacaan dan banyaknya kajian. Setelah mereka pelajari suatu masalah, mereka cuba mengaplikasikannya, mengkaji dan menyelesaikan permasalahan.

Suatu yang menyedihkan apabila suatu masa kelak kita dalam pendapat yang benar, tetapi oleh kerana kurang bekalan, kita tewas tatkala dibahas oleh mereka yang berfahaman serong, ekstrem, dan sesat. Seolah-olah kita dalam golongan yang salah dan mereka kelihatan benar kerana hujjah mereka tampak lebih kuat. Ianya boleh menyebabkan fitnah kerana kita menjadi punca masyarakat berpaling dari kebenaran dek kelemahan kita.

Sebab itu kalau kita lihat Master di Al-Azhar dan mana-mana Universiti menitikberatkan pembacaan dan kajian yang sangat banyak. Ini kerana seorang pelajar dan ahli ilmu itu tidak semudahnya menjadi ilmuwan kecuali dengan banyak membaca dan mengkaji(disamping berguru)..

Walhasil, dalam membaca dan mengkaji ini, saya syorkan untuk kita belajar teknik membaca dengan pantas 'Speed Reading' agar lebih cepat untuk minda kita membina dan tercetak(boleh blajar kat utube :P). Mulalah untuk target habiskan bahan bacaan dalam tempoh tertentu seperti 100 muka sehari, 1 buku seminggu, 10 buku sebulan atau 100 buku setahun. Paling kurang, jangan biarkan hari kita dihabiskan tanpa membaca apa-apa.

Dr. Tariq Suweidan, ulama besar Kuwait dan pemikir Islam kontemporer berkata, dengan 'Speed Reading' beliau boleh telah menghabiskan lebih 200 kitab Sirah dalam keadaan yang sibuk, beliau juga pernah membaca lebih 700 muka surat satu malam dan kini beliau disiplin untuk menghabiskan puluhan buku sebulan walau sibuk mana pun beliau..

source : http://www.facebook.com/Azam.Q.Husni/posts/514637431904223?comment_id=5909352&ref=notif&notif_t=feed_comment_reply

pic by: http://browse.deviantart.com/?q=read&offset=336#/d56sngz

Study Week!





Macam mana study week? Moga berjalan sebaiknya seperti yg dirancang ^__^

Study week ni bukan untuk studi gila-gila semata-mata. Tp studi week ni spatutnya juga jadi minggu yg kita dekat dengan ALLAH gila-gila. Lebih dekat dari hari-hari lain, dari minggu-minggu lain. Kalau biasa-biasa, hubungan kita dengan ALLAH di-level 3, study week sepatutnya up-kan hubungan sampai level 5. Hehehe. Tp jgn after exam terus jatuh ke-level 1. Istiqamah teman!

Study week gak bukan bermaksud kita boleh lewat-lewatkan solat kita dengan alasan STUDY. Owh, tidak sama sekali!! Sibuk menghadap buku dan buat latihan tapi solatnya di hujung waktu. Mana boleh macam tu.. Ilmu itu ALLAH punya, mana mungkin kita mampu memilikinya sedangkan kita dustakan hak Pemiliknya. Mungkinkah?

Rancang usaha anda dalam minggu study ni. Jangan semberono sahaja. Ya! usaha juga perlu dirancang. Jika anda tidak merancang, anda tidak layak berkata begini : "Aku dah usaha separuh mati, kenapa tak dapat jugak?" Usaha yg separuh mati, tanpa perancangan tidak akn menberikan hasil segempak usaha kecil yang dirancang. 

 "Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang dibuat tanpa perancangan.", Saidina Ali 

Quran juga jangan tinggal ye. Istiqamahkan bacaannya. Anda mungkin akan menghadapi situasi begini :" Eh, Quran tak baca lagi, tapi banyak lagi nak studi ni. Macam mana ni??" Pernahkah? Maka nasihat ana, tinggalkan kejap studi tu. Baca Quran dulu. Banyak mana pon anda studi, hafal itu ini, tp, saat anda nak menjawab soalan exam nanti, bukan banyak mana studi anda yang menentukan anda mampu menjawab, tapi ALLAH. Cukup ALLAH tiupkan rasa gementar dalam hati kita untuk menganggu emosi di dewan exam nanti. Simple things do matter.“Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,” (Al-An’am;17)  Takut tak? He3. 

Tapi, tak bermakna sepanjang studi week ni, anda tak perlu studi. Solat dan berwirid 24 jam. Anda perlu studi!! Anda perlu beri yang terbaik dalam studi anda!! “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Ar-Ra'd:11). Itu sunnahtullah utk berjaya. Usaha, studi, solat, doa, tawakal. Bukankah Muslim itu tawasun dalam amalnya?

Jadi, bagaimana studi week anda? 



Monday, 24 December 2012

Itulah cinta..



Ukhwah itu indah ^__^

"Apa yg anti hepi sgt hrini ni??"

"Sbb ada sahabat ana nak berubah ke arah lebih baik. I rasa seronok.If someone that u know for a long time tetibe ckp nk berubah cmtu, rasa mcm Subhanallah!!. Hidayah ALLAH itu mmg kepada  org y dikehendakinya kan? n i bet anti penah rasa perasaan itu"

ALLAHUAKBAR

Itu antara hadiah yg paling bernilai. Melihat mereka yang kita cintai dekat dengan NYA. Buat kita ingin menjadi lebih kuat, agar tiap kali dia jatuh kita mampu memapahnya untuk bangun semula. Buat kita ingin jadi lebih sabar, agar kita mampu tersenyum padanya saat dia perlukan senyuman. Buat kita ingin jadi lebih matang, agar kita mampu memberi nasihat yg terbaik buatnya. Buat kita ingin jadi lebih tabah, agar kita mampu berkorban dan itsar untuknya. Kerana itulah ukhwah. Itulah cinta.

“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.”
 (Hadis Riwayat Muslim)







Saturday, 15 December 2012

Dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi





"Aku tahu kita kena hormat parents kita, tapi aku tertanya-tanya takkan kita tak boleh rasa marah langsung kat diorang. Kita sebagai anak pon ada perasaan marah jugak", soalan seorang teman ketika kami sama-sama makan tengah hari tempoh hari. Perkara pertama yang bermain dalam fikiran ana ketika dengar soalan ni ialah bagaimana akhlak ana dengan parents ana, redha tak mereka pada ana. Bermain juga di fikiran ana, insiden-insiden yang buat ana kurang setuju dengan keputusan mereka dan bagaimana ana hadapi. Kadang- kadang berjaya, kadang-kadang tak. Biasanya, ana akan selalu ingatkan diri ana tentang satu kisah; kisah Uwais Al-Qarni.

***

Uwais adalah seorang pengembala kambing yang tinggal di sekitar Yaman. Beliau adalah antara orang terawal yang memeluk Islam ketika Islam pertama kali tiba di Yaman. Uwais punya seorang ibu yang lumpuh dan buta. Seperti manusia lain, Uwais juga punya impian. Impiannya, dia mahu bertemu Rasulullah. Hanya ALLAH yang tahu perasaan rindunya pada al-Amin. Hanya ALLAH juga yang tahu bagaimana sedih hatinya bila jiran-jirannya yang baru pulang dari Madinah bercerita tentang baginda, Tetapi bila beliau fikirkan keadaan ibunya, dipendam sahaja hasrat hatinya. Redha ibunya lebih penting dari impiannya.

Kecederaan Rasulullah di medan Uhud benar-benar buat beliau terkesan. Dengan tertib beliau sampaikan hasrat hatinya pada si ibu. Lumrah seorang ibu, dia faham benar perasaan Uwais. Dia benarkan anak kesayangnya itu bertemu kekasih hati dengan pesan supaya pulang segera. Berbunga-bunga hati Uwais. Maka, berangkatlah Uwais ke Madinah.

Sampai sahaja di Madinah beliau langsung ke rumah Rasulullah. Kedatanganya di sambut Saidatina Aishah r.a dengan khabar bahawa Rasulullah masih belum pulang dari medan tempur. Beliau mahu tunggu hingga Rasulullah pulang, tapi beliau teringat pesan ibunya supaya segera pulang. Dengan berat hati beliau minta diri dengan dititipkan salam pada baginda Rasulullah melalui Saidatina Aishah r.a. Pulanglah Uwais ke Yaman dengan rindu yang sarat pada baginda. Masih belum tercapai impiannya.

Setelah pulang dari medan tempur, salam Uwais disampaikan pada Rasulullah. Baginda sudah tahu tentang kehadiran Uwais sebelum Saiditina Aishah r.a maklumkan lagi. Rasulullah memandang Saidina Umar r.a dan Saidina Ali r.a seraya berkata: “Suatu ketika apabila kamu bertemu dengan beliau, mintalah doa dan istighfarnya, beliau adalah penghuni langit, bukan orang bumi.” 

Ketika Saidina Umar r.a menjadi khalifah, beliau dan Saidina Ali r.a sering bertanyakan kabilah yang datang ke Madinah dari Yaman tentang Uwais. Sampai satu ketika Uwais turut serta dalam salah satu kabilah tetapi hanya sebagai penjaga unta. Saidina Umar r.a dan Saidina Ali r.a segera ke khemah beliau di pinggir Madinah. Uwais sedang solat ketika dua sahabat itu tiba. Selesai solat, Umar r.a menghulurkan tangan untuk bersalam dengan beliau Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar r.a dengan segera membalikkan tangan Uwais. Matanya terpaku pada tanda putih di tagan Uwais.


“Kalau kalian ingin berjumpa dengan Uwais,perhatikanlah ia mempunyai tanda putih ditengah talapak tangannya.” sabdaan Raslullah satu ketika dahulu bermain di mindanya. Lantas dua sahabat itu memohon doa dan istighfar dari Uwais. Pada mulanya Uwais enggan, kerana padanya sepatutnya beliau yang perlu mohon doa dari dua sahabat ini. Tapi akhirnya beliau bersetuju.

Beliau tidak sempat bertemu Rasulullah ketika hayat Rasulullah, namun Rasulullah kenal Uwais. Dua sahabat yang akrab dengan Rasulullah sendiri meohon doa darinya, sedangkan mereka lebih akrab dengan Rasulullah. Ada riwayat menyebut bagaimana beribu-ribu orang yang tidak dikenali menguruskan jenazah Uwais ketika beliau wafat hingga mengemparkan penduduk Yaman. Nyata penduduk langit benar-benar menantikan 'kepulangan' beliau.

***

Mungkin kadang-kadang kita terkasar dengan 'parents' kita. Dan mungkin ada sesetengah perkara yang biasa-biasa bagi kita tetapi sensitif bagi mereka. Cubalah yang terbaik untuk memelihara perasaan mereka ye. InsyaALLAH =)

source :
  1. http://haticlassic.blogspot.com/2011/10/kisah-uwais-al-qarni.html
  2.  Petikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. oleh Norasyikin Ahmad
  3. Picture: http://hsisters.files.wordpress.com/2012/01/muslim-family.jpg

Sunday, 25 November 2012

People of Jannah






"And rush towards forgiveness from your Lord, and towards a Paradise that can hold all the heavens and the earth in its width - prepared for the pious.

 Those who spend in Allah’s cause, in happiness and in grief, and who swallow their anger and are forgiving towards mankind; and the righteous are the beloved of Allah.

And those who, when they commit an immoral act or wrong themselves, remember Allah and seek forgiveness of their sins - and who forgives sins except Allah? And those who do not purposely become stubborn regarding what they did.

For such the reward is forgiveness from their Lord, and Gardens beneath which rivers flow - abiding in it forever; what an excellent reward for the performers (of good deeds)!"
Ali Imran 133-136


In these ayah ALLAH talks about people who run toward forgiveness and characteristic of people of Jannah. There are four characteristics mention in these four wonderful ayah. 

1) Who spend when easy or difficult.

Spending when you are easy its not to hard. When you got bonus or new project, you will spend freely. No hesitation. But, when things got bad, we felt as though when we give, we won't get it back. People who have taqwa won't have these kind of thought because they believe.

And whosoever has Taqwa of Allah, He will make a way for him to get out. And He will provide him from where he never could imagine.) meaning..." (33:77)

Whatever good you spend, it will be refunded to you. It will be given back to you and you will not be wronged.

2) Who swallow their anger over and over again.

Swallowing your anger is totally different from holding your anger. When we swallow something it will be gone. No one will know it was there. When you swallow your anger, people around you wont even notice that you are angry. They don't even have the chance to ask, "Whats wrong?", or  "Are you ok?" You suppressed it completely. And you do this over and over again each time you got angry. When you are angry you cannot think clearly. You'll make decision that you'll regret later.

3) Who lovingly forgive

When we talk about forgiving, its happen in private. In our heart. There is one day when Rasulullah was very upset with this particular sahabat. ALLAH advice him in a ayah,

"So by mercy from Allah , [O Muhammad], you were lenient with them. And if you had been rude [in speech] and harsh in heart, they would have disbanded from about you. So pardon them and ask forgiveness for them and consult them in the matter. And when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely [upon Him]". (3:159)

If Rasulullah does not forgive, what will happen? He still going to teach him, guide him, but the only different is he going to do it in harsh ways. Then, the sahabat will run away from him for sure. "..they would have disbanded from about you..."

When we forgive people we will also ask ALLAH to forgive him/her too. If you find your self making dua to them, then only you really forgive. 

4) Who make taubah.

"And those who, when they commit an immoral act or wrong themselves, remember Allah..." (3:135)

When you do shameful act or did something bad to others or your self, you remember ALLAH. Its not that you remember ALLAH after the act, but simultaneously when you doing it. 

When we disappointed someone, we will avoid any contact right?  We will be ashamed. In this case, when we committed sin, we 'disappointed' ALLAH. But despite of the shame we still ask for HIS forgiveness. Usually when this happen, when we committed sin syaitans will come and try to stop you from asking ALLAH forgiveness. To whisper thought that make you don't want to stand in front of ALLAH.

 " I have made a lot of sins. I'm sure ALLAH won't forgive me". Never have this thought in you mind. You don't have anywhere to run. Only ALLAH can cover you sins. ALLAH is al-Ghaffar. HE forgives,

 “Say: O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of Allah: for Allah forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful.” [39: 53]

But, when you make taubah, and somewhere in the back of your mind you were thinking like, "Next time week I'll be doing this again, then I'll make taubah again". Then, this does not apply.

Yes, we may without our intention, committing the same sin again. But be sincere when making taubah. Try your best to avoid it. Then you'll get very awesome prize: maghfirah(forgiveness) and jannah.

source: Characteristic of People of Jannah, Majesty of Divine Speech episode 5, by Nouman Ali Khan.     
 http://browse.deviantart.com/?q=river+paradise#/d1pzes

Monday, 19 November 2012

Syahidnya Al-Faruq







Saidina Umar sedang mengimamkan solat subuh ketika beliau  ditikam Abu Lu'luah al-Majusi sebanyak tiga kali. Beliau yang belum sempat membacakan al-Fatihah ketika mengimamkan solat, rebah dan sempat menarik Abd al-Rahman bin Auf r.a. menggantikan dirinya sebagai imam. Umar tidak sedarkan diri. Abu Lu'luah kemudiannya menikam lagi 13 orang. 7 daripadanya syahid. Ibn Auf mengimamkan solat dengan ringkas sementara  Umar terbaring kesakitan di tepi mimbar. 

Abdul Rahman bin Auf juga sempat melontar jubah tebalnya untuk memerangkap Abu Lu'luah . Abu Lu'luah yang  terperangkap di dalam jubah itu, bertindak membunuh dirinya sendiri.

Umar yang pitam dikejutkan sahabat agar bangun mengerjakan solat kerana mentari hampir terbit. Umar yang cedera parah terpinga-pinga bangun, lalu berkata :" Tiada kejayaan bagi yang tidak bersolat"

Beliau diwudhu'kan oleh para sahabat. 

Umar bersolat dalam kecederaan parah dan selepas solat, beliau meminta Ibn Abbas r.a. meninjau sekali lagi siapakah yang sebenarnya menikam bunuh beliau. Ibn Abbas mendapatkan kepastian orang ramai bahawa yang menikam adalah Abu Lu'luah al-Majusi. Ternyata apa yg dikhabarkan Rasulullah padanya adalah benar. Orang yang membunuhnya adalah seorang kafir. Kata Umar :

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan pembunuhku bukan seorang Muslim, bukan hamba Allah yang pernah bersujud kepada-Nya"



source:
  1. http://www.facebook.com/ustazhasrizal/posts/440492205998310?comment_id=4831254&notif_t=feed_comment_reply
  2.  memetik riwayat-riwayat sahih yang disaring oleh Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi dan dikumpulkannya di dalam buku Al-Khulafa al-Rashidoon Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhaad. Sheikh Solah memetiknya daripada al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir.
  3. http://browse.deviantart.com/?q=bloody+blade&offset=48#/da5k10


Thursday, 8 November 2012

Dia Nabi Ku (2)







 Perlahan-lahan dia menyandarkan batang tubuhnya ke pohon anggur itu. Hatinya benar-benar terluka. Zaid bin Haritha di sebelahnya hanya diam membatu. Dia memejamkan matanya. Sungguh, amat perit ujian yang menimpanya kali ini. Langit dan bumi menjadi saksi bagaimana lelaki mulia ini disakiti dan dikhianati. Kedua sepatunya dipenuhi darah. Kepala Zaid pula di penuhi luka. Sakit. Fikiranya melayang mengenangkan apa yang baru mereka hadapi sebentar tadi.

   Thaif. Kota yang di huni kaum bani Thaqif. Dia ke kota itu bersama Zaid dengan membawa seribu harapan. Dia tidak sanggup lagi melihat orang-orang Islam di Mekah diinjak-injak. Dia tidak mahu lagi melihat mereka menderita kelaparan. Dia perlu untuk meyaknkan bani Thaqif untuk menerima dakwahnya.

   Sesampainya di Thaif, dia terus bertemu dengan pemimpin bani Thaqif. Dia mahu mereka tahu hasratnya. Tetapi, kedatangan dia bertemu pemimpin-pemimpin itu di sambut dengan penghinaan dan pengkhianatan. Pedih hatinya mendengar semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

   Penduduk Thaif sedang berkumpul di sepanjang jalan dalam dua barisan. Masing-masing memandangnya dan Zaid deng penuh kebencian. Ditangan mereka tergenggam beberapa ketul batu. Saat dia mula melangkah kaki, dia dan Zaid dihujani dengan batu-batu yang dilempar oleh penduduk-penduduk yangberbaris tadi. Bersungguh-sungguh Zaid cuba melindungi dirinya. Sedih dia melihat luka-luka di kepala hambanya itu. Tapai Zaid tetap tegar menjadikan tubuhnya sebagai pendinding. Batu-batu itu tetap mengenai dia. Dia dapat rasakan cairan panas mengalir dari kakinya. Tetapi kesakitan itu tidak dapat dibandingkan dengan sakitnya perasaan dia ketika itu. Pada siapa mampu dia mengadu?

   Dia dan Zaid sudahpun keluar dari kota Thaif, tetapi mereka masih dihujani dengan batu dan kata-kata kesat oleh kanak-kanak nakal yang mengekori mereka. Kerana kesakitan yang amat sangat, dia berhenti sebentar di kebun anggur itu. Melepaskan penatnya. Mengumpul kekuatan.

    Dia membuka kembali matanya. Melihat keadaan Zaid, hatinya semakin sayu. Perlahan-lahan tanganya diangkat ke langit. Air matanya menglir deras.

“Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku,
kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang maha pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atasku maka tidak akan kupedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku. Aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfa’at dunia dan akhirat (aku berselindung denganNya) dan kemarahanNya ke atasku dan kemurkaanMu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”

   ALLAH menghantar malaikat Jibril bertemu dengannya. Bersamanya dikirimkan malaikat-malaikat khas untuk menjalankan apa sahaja perintahnya untuk membalas kembali kejahatan yang di lakukan oleh penduduk Thaif pada dia dan Zaid.

"Wahai Rasulullah! Kami bersiap sedia untuk menjalankan perintah tuan. Kalau dikehendaki kami sanggup menyebabkan gunung ganang di sebelah ini berlanggaran sehingga penduduk di sekitarnya mati tertindih. Kalau tidak tuan cadangkan sahaja apa hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini".

"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, aku harap dengan kehendak Allah suatu hari nanti anak-anak mereka akan menyembah Allah dan berbakti kepada Nya.", hanya itu jawapan yang keluar dari mulutnya. Benar, dia memang terluka dengan tindakan mereka. Dia juga sakit dengan layanan mereka. Tapi kecintaanya pada mereka mengatasi rasa sakit dan peritnya. Dia cinta umatnya. Dia Rasulullah

source: http://sulong-bicaraagama.blogspot.com/2010/06/tauladan-nabi-terhadap-kaum-taif.html
              http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/09/doa-rasulullah-saw-di-taif.html
              http://mumtazah.net/blog/?p=2003
picture by : http://browse.deviantart.com/?q=hurt&offset=240#/d10ctj6

Monday, 22 October 2012

Dia Nabi Ku (1)







Pagi itu seperti biasa pemuda itu berjalan ke pasar dengan makanan di tangannya. Perlahan-lahan dia mengatur langkahnya menyusuri puluhan manusia yang sedang sibuk berjual-beli hingga terlihat di pandagannya orang yang dia cari. Seorang pengemis yahudi yang tua dan buta. Pengemis itu duduk di satu sudut pasar, apabila ada yang mendekatinya, dia akan berkata, " Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya." Perlahan-lahan pemuda tadi mendekati si pengemis tua. 

Apabila menyedari kehadiran pemuda itu, dia berpesan pula pada si pemuda akan bahayanya seorang lelaki bernama Muhammad. Kelihatan sayang benar si pengemis pada pemuda tadi. Berkali-kali dia berpesan perkara yang sama. Masakan tidak, pemuda itulah yang setiap pagi mendatanginya dan menyuapkan makanan padanya. Pemuda itu jugalah yang melihatnya sebagai seorang manusia, saat orang lain melihatnya hanya sekadar seorang pengemis. Walaupun si pemuda tidak pernah berkata apa-apa ketika bersamanya, tapi kehadiran pemuda itu tetap ditunggu-tunggunya setiap pagi. Bukan kerana makanan yang dibawanya, tapi kerana kehadiran pemuda itu benar-benar menyenangkan dia walaupun hingga kini dia belum tahu nama si pemuda.

Sambil mendengar nasihat pengemis tua tadi, tangannya perlahan-lahan menghaluskan makanan yang di bawa tadi, dengan tertib dia menyuapkan makanan itu ke mulut si pengemis. Di bibirnya terukir satu senyuman.

***

Sudah beberapa hari pemuda yang selalu mendatangi dan menyuapkan makanan tidak datang seperti biasa. Rindu juga dia pada pemuda itu. Hendak ditanya orang, dia sendiri tidak tahu nama pemuda itu. Untuk mengambarkan wajah pemuda itu apatah lagi. Wajahnya sendiri tidak bisa dilihat. Mahu tak mahu, dia hanya boleh menunggu...

***

Hari ini ada seorang pemuda mendatanginya. Gembira kepalang si pengemis. Pemuda itu masih ingat padanya. Seperti biasa dia duduk, dan menasihati pemuda tadi. Pemuda itu tanpa apa-apa kata mula menyuapkan makanan pada si pengemis.

Tapi satu perkara yang si pengemis tidak tahu ialah, pemuda yang mendatanginya hari ini bukanlah pemuda yang selalu mendatanginya sebelum ini. Pemuda yang mendatanginya hari ini adalah Abu Bakar, teman pada pemuda yang biasa menyuapkannya makanan. Apabila Abu Bakar mula menyuapinya, tiba-tiba si pengemis berteriak,

"Siapakah engkau?!"

Terkejut Abu Bakar apabila disoal begitu. Mana mungkin dia tahu Abu Bakar bukanlah pemuda yang biasa menyuapkannya. Bukankah dia buta? Dengan tenang Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa datang memberimu makan". Di hujung suaranya ada getaran. Dia sedang menahan air matanya.

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku. Apabila dia datang kepadaku, tidak perlu tangan ini memegang dan tidak perlu mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu baru dia suapkan padaku"

Air Mata Abu Bakar tidak dapat ditahan lagi. Dalam tangisan dia menjawab, "Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Engkau tahu siapa dia?. Dia adalah Muhammad Rasulullah saw"

Tersentak si pengemis mendengar jawapan Abu Bakar. Muhammad? Muhammad yang selalu dia hina? Muhammad yang dia berpesan supaya di jauhi? Muhammad itukah?

"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, namun dia tidak pernah memarahiku sedikit pun. Bahkan dia membalasnya dengan mendatangiku dengan membawa ku makanan setiap pagi. Sungguh, dia begitu mulia".

 Air matanya mengalir laju. Orang yang selalu dihinanya melayan dia lebih lembut dan sopan dari Abu Bakar. Dia bukan tukang sihir! Tidak! Dia bukan penipu! Dia benar seorang nabi! Dengan bersaksikan Abu Bakar si pengemis mengucap dua kalimah syahadah. Hatinya jatuh cinta pada yang bernama MUHAMMAD S.A.W.


source :http://oryza91.blog.ugm.ac.id/2012/05/25/nabi-muhammad-dan-pengemis-buta/
picture by : http://browse.deviantart.com/?q=market#/d30mu9r

Thursday, 18 October 2012

Mengubah Takdir





Mengubah Takdir



Adakah takdir boleh diubah?


Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya. Padahal, takdir itu boleh diubah. Memang, tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang laki-laki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan. Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang. Yang dimaksud mengubah takdir disini ialah mengubah takdir dimasa mendatang.


Lalu bagaimana cara kita mengubah takdir? 


Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadits Nabi saw.


Bagi Anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silakan semak hadis berikut:


Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda, 


“Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. 
(HR Turmudzi dan Hakim)



Saturday, 13 October 2012

How To Improve Your Character

by Nouman Ali Khan

Improvement is hard but beautiful


Do no harm

First thing you need to do is, do no harm. Stop doing bad things. Don't talk about adding good deeds until you get rid of your bad deeds. You can't talk about giving a patient medicine until you stop the bleeding first. It doesn't make any sense.As an example, you got to stop entertainment addiction, stop watching pornography ,start wearing hijab and etc.

Embrace your humanity

When you walking down the street, you need to start lowering eyes because you become less human each time you stare at a woman like she is a piece of meat. You look at her just like a male animal look at its female. Embrace your humanity first, then beautiful your life with good deeds.

Start with small deeds

Start with small deeds. Do simple small things such as perfect you prayer, try to be honest in your workplace, be kind to your mother, etc. This is not complicated things to start with.


"Oh Allah, guide us to the best of character"


source: http://www.youtube.com/watch?v=S2Te7XDHkCI
picture by: http://browse.deviantart.com/?q=beautiful&offset=24#/d1lmswy

Wednesday, 10 October 2012

Siapa Kita??


Siapa Kita??


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Harini menghadirkan diri ke majlis persmian sebuah program bersempena dengan 'convocation' di Universiti ana. Selepas ucapan perasmian, kugiran universiti buat persembahan. 2 buah lagu. Dan sangatlah menyedihkan melihat persembahan tadi :(

Lagu pertama dinyanyikan oleh 2 orang pelajar puteri. Persembahannya seperti tidak sesuai dengan dengan identitinya sebagai seorang pelajar, dan paling penting sebagai seorang muslim. Melihat persembahan tadi buatkan saya terfikir;

"Adakah kita lupa siapa kita?"
Kita lupa kita Muslim. Kita lupa bahawa Muslim itu apabila dia dijemput menghadap Tuhan nya, dia akan dipersoalkan tentang masanya di dunia. Masa remajanya. Kita lupa, Muslim itu berbeza. Dia punya amanah.

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )
Kita golongan intelektual. Bukan golongan intelektual biasa-biasa, tapi intelektual luar biasa. Kerana kita Muslim. Pelihara diri kita, iman kita, jati diri kita, identiti kita.

 Mungkin ada yang perpendapat pandangan saya kolot. Tak mengapa. Saya tidak malu menjadi kolot. Jika mengembalikan Quran dalam jiwa remaja itu dikatakan kolot, maka ya, saya kolot.

Kitalah benteng utama agama kita. Benteng paling depan sekali. Jangan 'patahkan pedang' kita.







Monday, 27 August 2012

Tarbiyyah


Tarbiyyah is not everything, but everything need tarbiyyah



Rasulullah s.a.w when he passed away, he didn't leave any glamorous buildings. The masjid of Madina was mud. The floor was sand, and the roof was palm leaves which will drip water on them when it rains.

Rasulullah s.a.w did not pave any roads. He did not established a financial network of business. Rasulullah s.a.w didn't leave behind any books. 

All that Rasulullah s.a.w leave behind was QURAN!
And he left it behind not in MUSHAF, not in BOOKS. But he left it behind ENGRAVED in the heart of the sahabah r.a. That was the product that Rasulullah s.a.w left behind. That was the effort of the dawah of Rasulullah s.a.w.

He left behind the sahabah
And every blessings that we enjoy today is the result of that. The religion didn't spread much in the time of Rasulullah s.a.w. It spread in the time of Abu Bakar r.a and Umar r.a. It spreads in the time of Khilafah of Banu Umayyah and Banu Abbas. Rasulullah s.a.w has the sahabah that he trained in Makkah or in Madinah; which were not many (hundred or hundred plus). These are the ones who start off with him in Makkah. 

But every one of these men, you could just THROW THEM ANYWHERE in this world and LEAVE THEM. LEAVE THEM! ALONE! They've take care the religion.

So TARBIYAH is the most important thing. It is more important than your buildings, the more important than the institutions. 

The most important thing is the tarbiyah. And that is how Islam will carry on

Saturday, 25 August 2012

I am his hearing with which he hears...







In a hadith qudsi, Allah ta’ala says, “My slave does not draw closer to Me with anything more beloved to Me than the things I have made obligatory on him. And my slave continues to draw closer with optional extra acts until I love him. And when I love him, I am his hearing with which he hears, his sight with which he sees, his hand with which he grasps and his foot with which he walks. If he asks Me, I will definitely give him, and if he seeks refuge with Me, I will definitely give him refuge.” [Bukhari]

Here is a du’aa the Prophet salla Allahu ‘alayhi wasallam used to make,

“O Allah, by Your knowledge of the Unseen and Your power over Your creation, keep me alive for as long as You know life is good for me, and cause me to die when You know death is good for me. O Allah, I ask You to make me fear You in secret and in public, and I ask You to make me speak the truth in times of contentment and of anger. I ask You not to let me be extravagant in poverty or in prosperity. I ask You for continuous blessings, and for contentment that does not end. I ask You to let me accept Your decree, and for a good life after death. I ask You for the joy of seeing Your face and for the longing to meet You, without going through diseases and misguiding trials. O Allaah, adorn us with the adornment of faith and make us among those who are guided. Praise be to Allah, the Lord of the Worlds.” [Sahih an-Nisa'i]

Wednesday, 22 August 2012

The Most Valuable


Jewels..


Umar ibn Khattab r.a knew what was most worthy and most valuable, and he wanted to give the sahabah a lesson. So they were sitting in a room, and he said,
 "Make a wish!"
One of the sahabah said; " I wish that this room would be filled with gold, so I can spend it in the path of ALLAH". Umar Ibn Khattab said,
"Make a wish!"
Another sahabah said that "I wish that this room would be filled with jewels and gems so I can spend it in the path of ALLAH". He said again,
"Make a wish!"
The sahabah reply " O Amirul Mu'minin, we don't know what to say. You want to filled this room with what?"

Umar ibn khattab r.a said, " My wish is that ALLAH s.w.t fills this room with the likes of Abu Ubaidah Amr ibn Al-Jarrah r.a, so that I can send them in the path of ALLAH." ( in other narration Abu Ubaidah r.a and Muaz ibn Jabal r.a)

Umar is telling them, and telling us that your human resources are more important than your financial resources. They are more important than your bricks or moor. They are more important than everything that you have. It is your HUMAN RESOURCES that count.

Saturday, 14 July 2012

Di mana DIA di hatiku?



Siapa pemilik hatiku?


Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

***

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.


***

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

***

Di mana DIA di hatiku?

Teruslah bermujahadah dan istiqamah agar DIA ada di hati kita. Walaupun susah dan panjang perjalanannya, tapi yg paling penting kita telah berusaha utk mengorak lankah ke situ. InsyaALLAH  ^^

Adaptasi dari 'Di Mana DIA di Hatiku?' oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi 

Friday, 13 July 2012

Nasihat Wanita Tua Kepada Amirul Mukminin






Dimasa kepemimpinan Amirul Mukminin, Umar bin al-Khattab ra, ada pernah seorang wanita yang usianya sangat tua. Namun dengan penuh keberanian, ia menasihati sang Khalifah dengan kata-kata:

“Hai Umar, aku ingat dulu ketika di pasar Ukadz dan waktu itu namamu masih Umair (Umair kecil). Engkau menakuti anak-anak dengan tongkatmu, lalu engkau bernama Umar, dan kini engkau dipanggil Amirul Mukminin. Bertakwalah kepada Allah dalam kesejahteraan rakyat. Ketahuilah, siapa saja yang takut akan ancaman Allah, maka Allah akan mendekatkan baginya segala yang jauh. Siapa saja yang takut akan mati dia akan takut menyia-nyiakan waktu yang bermanfaat”.

Wanita tersebut lama berdiri menasihati Khalifah, Umar pun terus mendengarkannya dengan penuh perhatian dan penuh kesabaran. Salah seorang yang menyaksikan peristiwa tersebut berkata pada khalifah Umar,

“Amirul Mukminin, wanita itu telah meremehkan dan melelahkan Anda”.

Khalifah menjawab:

“Tidakkah engkau kenali siapa dia? Inilah wanita yang ucapannnya didengar oleh Allah dari langit ke tujuh. Dialah Khaulah binti Tsa’labah, penyebab turunnya awal surat al-Mujadalah. Demi Allah, jika ia berdiri semalaman suntuk maka aku tidak akan meninggalkan, kecuali untuk shalat, dan aku akan kembali untuk menjumpai dan mendengarkannya”.

Demikianlah berharganya nasihat yang disampaikan oleh seorang wanita tua kepada Khalifah. Peranan yg dibawa oleh seorang wanita dalam pembangunan negara. ^_^

Logo


Saturday, 23 June 2012

Program Khidmat Bimbingan di SK Raja (P) Budriah


  Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

  Pada 15-17 Jun 2012, Team Muntasar telah menjalankan Program Khidmat Bimbingan (ProKhiB) kali ke-2 di SK Raja (P) Budriah, Chemumar, Perlis. Seramai 48 peserta dari tahun 6, 5 dan 4 menyertai program ini disertai dengan 15 oarang fasilitator Muntasar. Program kali ini berkonsepkan motivasi, akademik dan ibadah.

 


Alhamdulillah semua berjalan lancar sepanjang program dijalankan.Walaupun program tidak berjalan sepenuhnya seperti yang kami rancang, tapi kami tahu dan yakin program ini berjalan sepenuhnya seperti yang DIA rancang. ^_^ Banyak yang peserta dan para fasilitator belajar sepanjang program ini. Tentang hidup, tentang sabar, dan banyak lagi. Penat memang penat, tapi tiap kali satu-satu slot bermula, melihat wajah anak-anak ini, semua penat hilang. Digantikan dengan semangat. Alhamdulillah

  Program kali ni membuka mata ana, bila lihat anak-anak ini hidup tanpa bimbingn yg sepatutnya diberi pada mereka. Melihat jauhnya mereka dari al-Quran dan sunnah benar-benar buat kami insaf dan bersyukur. Melihat bagaimana mereka memandang ilmu itu hanya pada kertas peperiksaan, tp bukan satu tuntutan agama. Kesanya ada antara mereka yang masih belum kenal huruf walaupun usia dah menjangkau 12 tahun. Melihat bagaimana keyakinan mereka 'dibunuh' oleh persekitaran mereka. Kasihan mereka. Doakan mereka ya sahabat Muntasar sekalian. Moga mereka berjumpa sinar. insyaALLAH ^_^

  Dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak SK (R) Budriah kerana beri kami pelung dan kepercayaan untuk menyumbang pada masyarakat dan pada agama. Terima kasih. Semoga ALLAH sentia beri kalian kekuatan dan semangat untuk terus mnjadi pendidik. Menjadi Murabbi. ^_^

  Terima kasih juga pada para fasilitator yang berpenat mnjalankan program. Semoga ALLAH pelihara kalian dan membalas segala jasa kalian.





Para fasilitator berdiskusi sebelum program bermula

Slot Amali Solat Sempurna bersama saudara Muhamad Nazih

Pengarah program 


Peserta-peserta program yang ceria-ceria ^_^

Senam pagi

Sayang D'sayang


Barisan fasilitator yang berdedikasi


Pihak sekolah dan guru-guru yang sangat membantu

  

Saturday, 26 May 2012

The Strangers




Stranger


The strangers.......

The vanguard (of Islam)- the first of those who forsook (their homes) and of those who gave them aid, and (also) those who follow them in (all) good deeds,- well-pleased is Allah with them, as are they with Him: for them hath He prepared gardens under which rivers flow, to dwell therein for ever: that is the supreme felicity. [At Taubah,100]
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar. [At-Taubah, 100]

They are the strangers back then.....

Abu Hurairah relates that Allah’s Messenger (peace be upon him) said: “Islam began strange, and it will become strange again just like it was at the beginning, so blessed are the strangers. [Sahih Muslim (1/130)
This religion began strange......

The words in Quran are strange. The Arabs, they know those words but not like that. Not like how it was written in Quran.
"How come this word in this way?" 
It was strange for them. Even Umar r.a didn't know, but his a great poet at that time

Before Islam come, Rasulullah S.A.W is knew as Al-Amin, but when he asked them to worship ALLAH, they thought he was saying something strange. And on that day he become a stranger. One by one who follow him become strangers.

Everyone knew Abu Bakr r.a. for his manner and wealth, but he too become a stranger on that day. On the day Umar r.a. went to kill Rasulullah, he also become a stranger. Saidina Ali, Saidina Uthman Affan, Khalid Al-Walid, Musa'b Ibn Umair, Jaafar Ibn Abi Thalib, Saidina Hamzah..... and lot more.

 They are the strangers back then in the beginning of Islam. We are the strangers now. We need to connect ourselves to these strangers

The Messenger believeth in what hath been revealed to him from his Lord, as do the men of faith. Each one (of them) believeth in Allah, His angels, His books, and His apostles. "We make no distinction (they say) between one and another of His apostles." And they say: "We hear, and we obey: (We seek) Thy forgiveness, our Lord, and to Thee is the end of all journeys. [Al-Baqarah, 285]
 Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat- malaikatNya, dan Kitab-KitabNya, dan Rasul-RasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-RasulNya". Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan Kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali [Al-Baqarah, 285]

Get to know them, so that we will never forget our root, our legacy. So that we realize that we still have something to achieve. We still have responsibility to carry. To breath as true a Muslim.













Tuesday, 22 May 2012

"Inilah saya, anda pula siapa?"



Beliau telah buktikan cintanya. Kita bagaimana?


Seorang wartawan bertanya Imam Syahid Hassan Al-Banna tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : Sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk ALLAH swt tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri. Inilah saya, anda pula siapa?”

SIAPA KITA? 

Monday, 30 April 2012

The Soft Heart Is The Strong


by: amier L hajj of No Silence Intended

Soft but Strong



Joy overflow upon meeting
Tears flow from the eyes upon departing
Smile upon the face of the beloved
Sincerely of love and nothing less

Disregarding problems
Ignoring voices with mood swings
Anger in speech
That is not strong
That is pure arrogance. Ego of the obvious.

Upon guilt is the instinct to beg forgiveness
Unforgiven induces self-destruction
But strong enough to avoid suicide
That is soft. But strong.

Staying quiet in anger
Voice out softly the disagreements
Mature dialogue without raising voices
That is the calm spirit of the soft heart

Strong as the sword swings of Umar. Soft as the voice of Ibn Masuud.
Guilty as Abu Dzar requesting forgiveness from Bilal with head in the dirt ready to be stepped. 
Not the best as the Prophet, but those are the traits that he left behind.

Be Soft. But Be Strong.

Friday, 27 April 2012

Remaja & Cinta


by: Ustaz Don Daniyal
Bagaimana cinta kita?


Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa ‘ajaib’ itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang dicintai.

Rasa Cinta Tidak Salah Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang rlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali – kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.


cinta padaMu tetap kudamba


Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa d! an perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapayang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta keran terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?